Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru

Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru
Kepada pelawat semua,blog yang berkaitan dengan fotografi dari blog ini,telah bertukar ke blog yang baru.Sila klik:

Monday, July 13, 2009

Ujian memandu

Beginilah suasana dilitar semasa ujian memandu dijalankan.Aku adalah orang yang terakhir sekali diuji,mungkin kerana aku sorang je yang ambil B Full pada hari tersebut,dan aku adalah orang yang ke-45 menduduki uijian memandu.Nasib baik lulus.

Lesen B Full

Pada 12/6/09 yang lalu aku telah menjalani ujian memandu utk lesen B Full,dan alhamdulillah aku telah pun lulus dalam ujian tersebut.Ujian tersebut telah dijalankan di Sekolah Memandu SekTow,Pekan Tambun,Ipoh.Inilah dia motor Virago yg aku gunakan untuk belajar serta menduduki ujian memandu-ADJ 5871

Wednesday, July 1, 2009

Lawatan ke Sabah.

Pada 19-21/6/09 beberapa orang guru dari SKDABB telah mengadakan satu lawatan ke Sabah.(Pn.Guru Besar & suami,GPK1 & suami,GPK HEM,En.Manap & keluarga, En.Idris & keluarga,Pn.Zaida & keluarga,Pn.Farizah,Pn.Mardhiah & keluarga,Pn.Juridah,Pn.Norwati dan Pn.Halimah & suami).Projek ini di namakan Rombongan-Cheda.Projek lawatan ini sebenarnya telah lama dirancang dan lawatan ini merupakan lawatan yang pertama bagi ahli Rombongan-Cheda.Beberapa tempat yg menarik telah kami lawati,antaranya ialah Hot Spring di Poring,Kundasang dan yang paling penting ialah di kaki Gunung Kinabalu.
Untuk maklumat lanjut sila lawat : http://rombongan-cheda.blogspot.com

Lawatan ke Sabah.

Alhamdulillah pada 19-21/6 aku sekali lagi berkesempatan untuk melawat Sabah.Kali ini aku bawa isteri & anak-anak aku.Tempat yg aku bawa semestinya kaki Gunung Kinabalu.(Anak-anak begitu teruja sekali kerana mereka dapati kawasan tersebut adalah sama seperti dalam gambar yg pernah mereka lihat di rumah...).Aku juga begitu teruja kerana selepas 11 tahun aku masih berkesempatan utk melawatnya kembali.Banyak perubahan yg telah dibuat,terutama dari segi prasarana.Suasana begitu indah sekali,tak dpt nak digambarkan dengan kata-kata.InsyaAllah di lain waktu aku akan bawa isteri & anak-anak untuk bersama-sama naik ke Gunung Kinabalu.

Bengkel Fotografi

Bengkel Fotografi

KURSUS STUDIO

KURSUS STUDIO
ALOR SETAR 16-18 DIS 2009

GUNUNG KINABALU 1

GUNUNG KINABALU 1
12 SEPT.1998

GUNUNG KINABALU 2

GUNUNG KINABALU 2
12 SEPT.1998

GUNUNG KINABALU 3

GUNUNG KINABALU 3
11 SEPT.1998