Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru

Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru
Kepada pelawat semua,blog yang berkaitan dengan fotografi dari blog ini,telah bertukar ke blog yang baru.Sila klik:

Monday, June 28, 2010

Cameron Highlands

13/6/10-Selepas balik dari Terengganu,on the way nak balik ke Ipoh,kitorang exit Tapah Highway dan terus ke Cameron Highlands.Kira ok lagi la pemandangan di Cameron selepas majlis reunion MPSAH DPM1 '06/'09 di Rumah Peranginan Cameron Highlands Dis 2008.Masa di ladang teh masih terasa angin sejuk walaupun tidak sesejuk 14 tahun yg lalu (bawa rombongan SM.Serdang,Kedah).
Anak-anak bukan main seronok bila dapat melawat ladang teh.Last sekali bawa anak masa Amar Diniy berumur setahun lebih,kira besar Khairina sekarang la....

Memang tidak dapat dinafikan,di Cameron bunga-bunganya memang cantik-cantik!....Masa nak turun balik,kitorang ikut jalan Simpang Pulai Ipoh...tapi masa di Brinchang kitorang dah jem teruk,hampir 2 jam lebih sangkut antara Brinchang dan Tanah Rata.Ingatkan Lembah Klang je jem,Cameron pun jem juga.Hari Rabu berikutnya 16/6/10 dalam rancangan Aduan Rakyat TV3,keluar berita tentang jem teruk di Cameron dan hakikatnya memang betul apa yang dipaparkan di dalam rancangan tersebut,kalau korang ada menontonnya pasti korang tahu apa penyebabnya.....

Saturday, June 26, 2010

Lawatan ke Terengganu.

9/6/10-Satu rombongan dari SK.Dato' Abu Bakar Baginda iaitu seramai 16 orang daripada 20 pelajar yg berjaya mendapat 5A UPSR 2009 telah berangkat ke Terengganu dengan menaiki pesawat Air Asia.Guru pengiring seramai 7 orang dan salah seorang daripadanya adalah aku.Lawatan kali ini ditaja sepenuhnya oleh PIBG (tambang dan penginapan).Kami berangkat dari LCCT pada jam 7.05 pagi.

Pemandangan PICC di Putrajaya yang begitu cantik sekali dapat dilihat dari dalam pesawat.

Pemandangan yang ini rasanya lagi cantik...nampak puncak gunung-ganang sahaja.Akhirnya kami sampai di Kuala Terengganu pada jam 7.55 pagi.Satu lagi pengalaman yang menarik pada aku selepas lawatan ke Sabah tahun lepas.Untuk berita yang lebih menarik sila klik: http://skdabbsepang.blogspot.com

Wednesday, June 23, 2010

Latihan bowling 1/2010

28/6/10-Sesi latihan bowling peringkat anak-beranak telah dibuat di Pusat Bowling Warta,Bangi.Latihan ini dibuat bagi memantapkan lagi cara permainan dan yang penting sebab frust dapat tempat ke-2 berkumpulan masa pertandingan sempena Hari Guru peringkat sekolah 2010 yang lalu.
Amar pun main juga,first time pegang bola.....

Irham pun first time main bowling,boleh tahan juga permainannya...banyak yang masuk longkang!...
Rasa puas main kat sini sebab takde ramai orang...dan harganya pun murah...
Inilah dia antara yang bakal menggegarkan arena bowling suatu hari nanti,InsayaAllah....

Tuesday, June 8, 2010

Lawatan dari Ipoh

6/6/10-Seramai 3 keluarga telah berkunjung ke Putrajaya yang diketuai oleh Yong,Abg.Mail dan Zamani.Rombongan sampai di Presint 11 lebih kurang jam 2.30 petang.Setelah berehat selepas asar kitorang mula bergerak melawat ke Masjid Putra,PICC dan akhirnya ke Masjid Besi @ Masjid Sultan Mizan.Lawatan ini juga sebenarnya bagi meraikan Zamani dan isteri yang baru berkahwin.Jam 10 malam baru semua bergerak pulang ke Ipoh.
p/s: Gambar ni sebenarnya mengingatkan kita semua dengan rombongan bersama arwah mak 6 tahun yang lalu di tempat dan masa yang sama.

Bengkel Fotografi

Bengkel Fotografi

KURSUS STUDIO

KURSUS STUDIO
ALOR SETAR 16-18 DIS 2009

GUNUNG KINABALU 1

GUNUNG KINABALU 1
12 SEPT.1998

GUNUNG KINABALU 2

GUNUNG KINABALU 2
12 SEPT.1998

GUNUNG KINABALU 3

GUNUNG KINABALU 3
11 SEPT.1998