Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru

Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru
Kepada pelawat semua,blog yang berkaitan dengan fotografi dari blog ini,telah bertukar ke blog yang baru.Sila klik:

Sunday, January 30, 2011

Majlis Perpisahan.

28/1/11-Satu majlis meraikan perpisahan Cikgu Joseph telah diadakan di SK.Buntong.Beliau merupakan antara guru yang terawal di sekolah ini dan telah berkhidmat selama 8 tahun di SK.Buntong.Beliau telah bertukar ke sekolah SJK (T) Menglembu Ipoh.Kelihatan Cikgu Joseph sedang menerima hadiah daripada pelajar Tahun 6 sambil diperhatikan oleh Guru Besar En.Ismail b.A.Mohamad (bertali leher) dan Cikgu Sariman.


Beliau merupakan bekas Guru Disiplin di SK.Buntong.Beliau merupakan seorang yang disegani dan dihormati oleh semua guru dan para pelajar.Ketiadaan beliau amat dirasai oleh semua warga SK.Buntong.

Bersama dengan Cikgu Mohd Yusof (Guru BM & Maths tahun 6).

Gambar beramai-ramai bersama dengan Cikgu Joseph.

Pertandingan Mewarna 2011

16/1/11 yang lalu telah berlangsung satu majlis Ahli Parlimen Tambun (YB.Dato' Seri Ahmad Husni Hanadzlah-Menteri Kewangan II) bersama rakyat telah diadakan di Taman Jati,Meru Ipoh.Kebetulan kitorang takde kerja dan Irham & Amar mendapat jemputan untuk pertandingan mewarna.Ramai juga yang datang ke majlis tersebut.


Irham masuk ketagori Prasekolah (5-6 tahun),tak sampai sepuluh orang katgori Prasekolah.

Amar masuk kategori 7-9 tahun.Kategori ni memang ramai yang masuk.Lebih 30 orang yang masuk.Masa diperuntukan lebih kurang 1 jam.

Akhirnya Amar dan Irham mendapat hadiah saguhati dengan masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM 10 dan RM 5.

Bengkel Fotografi

Bengkel Fotografi

KURSUS STUDIO

KURSUS STUDIO
ALOR SETAR 16-18 DIS 2009

GUNUNG KINABALU 1

GUNUNG KINABALU 1
12 SEPT.1998

GUNUNG KINABALU 2

GUNUNG KINABALU 2
12 SEPT.1998

GUNUNG KINABALU 3

GUNUNG KINABALU 3
11 SEPT.1998