Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru

Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru
Kepada pelawat semua,blog yang berkaitan dengan fotografi dari blog ini,telah bertukar ke blog yang baru.Sila klik:

Tuesday, May 31, 2011

Stadium Ipoh.

20/5/11-Stadium Ipoh,SK.Buntong telah menghantar wakil pelajar seramai 15 orang dan guru pengiring seramai 5 orang (En.Elanggova GPK1,En.Rabinder Singh,En.Sugumaran,En.Quah dan aku sendiri) bagi meraikan majlis perasmian MSSM peringkat kebangsaan yang telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri YB.Tan Sri Muhyidin Yasin.Setiap pelajar membawa sebuah tanglung.

Pada majlis kali ini satu rekod telah tercatat di dalam Malaysia Book of Record di mana nyalaan tanglung paling banyak secara serentak.

Kontijen dari negeri Perak.


Selesai Tan Sri Muhyidin Yasin merasmikan majlis,stadium gelap gelita,hanya lampu dari tanglung sahaja yang menyala.Memang cantik sangat.

Akhir sekali acara pertunjukan bung api,lebih kurang 10 minit acara berlangsung.

Monday, May 16, 2011

Sambutan Hari Guru 2011

16 Mei 2011 seperti tahun-tahun lepas - sambutan Hari Guru.Pada tahun ini aku menyambutnya di sekolah yang baru.Selamat Hari Guru diucapkan buat guru-guru yang pernah mengajar selama ini,tidak kira dimana anda berada (SK.Bagan Baharu,Selama Perak,SM.Dato' Hj.Hussein,Selama Perak,Sek.Men.Sains Teluk Intan Perak,Maktab Perguruan Sultan Abd. Halim.Sg.Petani Kedah,UPM dan SK.Dato' Abu Bakar baginda,Sepang Selangor) .Kepada yang telah menghantar sms,terima kasih diucapkan.Dalam banyak-banyak sms,salah satu daripadanya adalah berbunyi...

" Jadilah seorang guru yang hadirnya di TUNGGU,hilangnya di RINDU,Ilmunya diBURU,nasihatnya di SERU,tingkahlakunya di TIRU....Selamat Hari Guru ".


Kek yang disumbangkan oleh Kelab Guru & Pekerja (Kelab Kristal).



Persembahan dari kumpulan 4 yang diketuai oleh Cikgu Quah.



Penonton dari kelas Prasekolah yang sedang menyaksikan guru-guru melakukan aktiviti sukaneka.



Bersama anak murid dari Tahun 5 Bestari.


Antara hadiah yang diterima daripada pelajar pada tahun ini.Terima kasih kepada semua...

Friday, May 6, 2011

Durian Batu Kurau...

2/5/11-Isnin,on the way nak balik ke Ipoh kitorang singgah sekejap di Kg.Air Hitam,Jelai,Batu Kurau Taiping untuk mencari dan makan buah durian yang memang terkenal sehingga ada masuk dalam Majalah 3 (hujung bulan April).Cari punya cari akhirnya sehingga hujung jalan jumpa la tempat diorang kumpulkan buah-buah durian sebelum di bawa jual ke tempat-tempat lain.Bila timbang...sebiji RM15 bang!....nak makan punya pasal,beli la juga....anak-anak dah tak sabar nak makan.nasib baik isinya kuning....dan rasanya memang power!....



Makan buah durian di tepi jeram sungai yang memang sejuk dan mendamaikan...

Khairina memang tak akan lepas peluang makan buah durian....


Irham pun memang suka makan buah durian,kalau ada sebiji....sebiji boleh habis dia sorang.
Lepas makan buah durian,masukkan air ke dalam bekas tempat buah durian tadi dan minum airnya (petua orang tua-tua supaya badan tak panas).



Lepas puas makan durian,kitorang lepak sekejap di tepi sungai yang memang merupakan tempat orang berkelah dan mandi manda di kampung tersebut.Airnya memang jernih dan sejuk,betul-betul air dari gunung.

Hadiah istimewa...

30/4/11-Sabtu tengah hari on the way nak balik kampung sempena cuti Hari Pekerja,kitorang singgah sekejap di Bukit Chandan Kuala Kangsar untuk bertemu Kak Puteri (kawan satu sekolah dgn wife masa di Putrajaya P8(1) ) dan suami Abg.Mie yang baru pulang ke tanah air setelah berada di USA selama 3 tahun kerana bertugas dengan JPA.Lama juga kitorang bersembang dan yang paling best bila diorang cerita pasal kehidupan di USA.Selama diorang berada di sana kitorang memang saling bertanya khabar melalui email dan skype.


Bila dah nak balik,terkejut aku dibuatnya bila diorang hadiahkan buat aku sehelai baju t-shirt 'Harley Davidson' yang dibeli khas di USA (walaupun made in Mexico).Teruja betul....sebelum ni memang ada tanya pasal bab t-shirt ni masa diorang ada di USA,saje je tanya....dan rasanya memang mahal kalau yang 'ori' so aku pun ada la beli sehelai di Bangi (made in Malaysia) masa tinggal di Putrajaya.Itulah yang dikatakan rezeki...tak sangka aku kak Puteri dan Abg.Mie hadiahkan kepada aku yang dibeli khas di USA....terima kasih daun keladi...

Bengkel Fotografi

Bengkel Fotografi

KURSUS STUDIO

KURSUS STUDIO
ALOR SETAR 16-18 DIS 2009

GUNUNG KINABALU 1

GUNUNG KINABALU 1
12 SEPT.1998

GUNUNG KINABALU 2

GUNUNG KINABALU 2
12 SEPT.1998

GUNUNG KINABALU 3

GUNUNG KINABALU 3
11 SEPT.1998