Assalamualaikum buat sahabat semua.Inilah antara impian aku selepas keluar dr maktab dan alhamdulillah ianya termakbul.Setelah 3 tahun bersusah payah,siang jadi cikgu,malam jadi anak murid (Kelas Eksekutif B.A Bahasa & Linguisti Melayu-UPM) akhirnya pada 22/10/08 aku berjaya dapat naik di atas pentas utama di Dewan Besar UPM.Sebenarnya aku tamat pengajian bulan Okt.'07 lagi,cuma majlis konvo je lewat setahun.Majoriti kelas aku ni geng-geng yg dah berumur,90% adalah terdiri drp guru-guru sekitar Lembah Klang.Ada guru besar,GPK dan Pegawai dr PPD.Aku adalah antara yg termuda dlm kelas tsb.Majlis konvo ni telah disempurnakan oleh Yg.Bhg.Tan Sri Dato' Rozali b.Ismail (Pro Canselor) yg juga merupakan pengerusi SYABAS.Jutaan terima kasih aku ucapkan buat mak & ayah aku,keluarga mertua,keluarga aku-isteri dan anak-anak yg sama-sama turut berkorban masa,tenaga dan wang ringgit demi mendapatkan segulung ijazah.
p/s: Bila dah naik atas pentas,terasa nak sambung master pula.
Wednesday, October 29, 2008
B.A ( Bahasa & Linguistik Melayu ).
Posted by ABD.MANAP B.ABD.RAHMAN at Wednesday, October 29, 2008 0 comments
Thursday, October 23, 2008
Bersama kengkawan.
Gambar sebelum masuk ke dalam Dewan Besar UPM.Gambar bersama kengkawan sekelas (B.A-Bahasa & Linguistik Melayu).
Dari kiri: Ustaz Rafli (Sg.Pelek,sepang),Amin (Klang),Ansur (Sg.Pelek Sepang),Shahrom (Kajang),Tn.Hj.Naser (GPK 1,Sg.Pelek,Sepang) & Aku (Putrajaya).
Posted by ABD.MANAP B.ABD.RAHMAN at Thursday, October 23, 2008 0 comments
Bersama Abd.Razak b.Husin.
Gambar selepas majlis konvo UPM ke-32.Bergambar bersama jiran sebelah rumah (Abd.Razak @ Jak),merupaka pegawai penyiasat di Balai Caw.Subang Jaya,juga merupakan petugas bagi majlis konvo tersebut.Sorry sepanjang aku belajar jarang kita semua (geng jiran-jiran-Zamri-A5/6) dapat keluar minum teh tarik kat kedai mamak sebelah terowong Presint 9. 3 tahun beb!.
Posted by ABD.MANAP B.ABD.RAHMAN at Thursday, October 23, 2008 0 comments
Hari Konvo sebenar.
Gambar bersama Mak (Hjh.Bedah bt.Ali),adik (Muhd Faizul),isteri (Wan Alifah) dan anak-anak ( Muhd Amar Diniy & Muhd Amar Irham).
Terima kasih di atas sokongan selama ini.
Posted by ABD.MANAP B.ABD.RAHMAN at Thursday, October 23, 2008 0 comments
Tuesday, October 21, 2008
Raptai penuh Konvo UPM ke-32
Pada 16/10/08 semua bakal graduan UPM sidang 6,7,8,9 & 10 telah menjalani raptai penuh konvokesyen yg ke-32 bermula jam 9.00 pagi di dewan Besar UPM.Rasa teruja utk majlis sebenar pada 22/10/08,sidang 10 sesi petang.
Gambar ni kitorang ambil selepas selesai raptai bersama dgn Isha, Baharudin dan aku.
Posted by ABD.MANAP B.ABD.RAHMAN at Tuesday, October 21, 2008 0 comments
Sunday, October 19, 2008
Hari lahir Amar yg ke-6
Selamat menyambut hari lahir yg ke-6 untuk Muhammad Amar Diniy.Kalau dilihat dari gambar yg kecil,seolah-olah Amar Irham yg sambut hari lahir,dia pula yg sibuk-sibuk nak tiupkan lilin,kempunan Amar Diniy tak dapat tiup lilin...
Posted by ABD.MANAP B.ABD.RAHMAN at Sunday, October 19, 2008 0 comments
Tuesday, October 14, 2008
Selamat Hari Raya Aidilfitri,maaf zahir & batin.
Selamat hari raya dari kami sekeluarga buat semua yg mengenali dari Pak Lang Man dan Hjh.Bedah sekeluarga.(gambar pada hari raya pertama di 189 Bagan Baharu,34510 Batu Kurau,Taiping Perak)
Posted by ABD.MANAP B.ABD.RAHMAN at Tuesday, October 14, 2008 0 comments
Dah naik dinding.
3. Alhamdulillah pada 27/9/08,lagi 3 hari nak raya kitorang saje pergi tengok tapak rumah,dah naik dinding rupanya.Sekarang ni tinggal nak plaster simen je lagi.
Posted by ABD.MANAP B.ABD.RAHMAN at Tuesday, October 14, 2008 0 comments
Baru naik tiang.
2. Gambar ni diambil pada 17/8/08,masa cuti pertengahan penggal ke-2.Baru naik tiang.Dinding,rasanya lepas ni kot sebab batu-bata dah ada berhampiran kawasan tersebut.
Posted by ABD.MANAP B.ABD.RAHMAN at Tuesday, October 14, 2008 0 comments