PERPUSTAKAAN UPM.
Antara pengalaman yang terpaksa dilalui...
...masa ni anak aku yg kedua baru berumur 7 bulan,yang pertama 5 tahun,waktu malam terpaksa bawa anak-anak ke perpustakaan UPM untuk pinjam buku nak siapkan assignment.Pelajar-pelajar sepenuh masa yang berada di sekitar perpustakaan rasa pelik bila kau bawa anak-anak ke situ,pada aku...peduli apa orang nak cakap,susah senang aku bukannya diorang nak tolong pun.Isteri aku pun belajar juga...so sama-sama la bergilir jaga anak,nak ambik orang gaji duit tak cukup. Pinjaman belajar pula tak dapat,memang perit
masa tu. Isteri aku buat PJJ UPM,kos sama seperti aku-Bahasa dan Linguistik '05/'08.Bezanya kelas dia hari cuti je dan kelasnya di bangunan Baitulmal kampung Pandan KL.
dalam keadaan yang susah payah,berjaya juga ditempuhinya.
Nak cerita sikit bab anak yg kedua ni,masa berumur 2 minggu isteri aku terpaksa menduduki peperiksaan akhir semester 3 di bangunan PJJ di UPM dalam keadaan masih pantang,berbaju panas dan siap berstokin.Kitorang terpaksa membawa yang kecil tu sekali ke tempat peperiksaan.Bayangkan la...Ada juga la pensyarah yg bersembang dengan aku kat tempat tu sambil berjenaka...kecik-kecik lagi dah masuk ke universiti....sejuk hati aku mendengarnya.
p/s: betul la orang kata..."nak senang bukannya mudah.."
Sunday, August 10, 2008
KENANGAN DI UPM '04/'07
Posted by ABD.MANAP B.ABD.RAHMAN at Sunday, August 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment