1/12/09-Setelah hampir 10 tahun tidak bertemu (sekadar berhubung melalui sms & email) akhirnya dapat juga kami bertemu semula 'geng rumah bujang-Sek.Men.Serdang,Kedah'.Sebenarnya ini adalah idea drp Rosli (Pensyarah IPDA) untuk ke rumah aku di Selama Perak,memandangkan pada waktu tersebut musim durian,tercetus la idea untuk ke chalet Azli ( De' Aura Campsite ) berhampiran rumah mertua Azli Bani di Air Hitam,Jelai Batu Kurau.Keesokan harinya 2/12/09 sorang lagi ahli geng rumah bujang iaitu Anur sanggup datang dari Kulim,semata-mata untuk bertemu kitorang.Tempatnya memang best,betul-betul di tepi gunung dan air terjun.Puas la kitorang makan buah durian sambil mandi air terjun.Makan tengahari dengan lauk ikan keli yg Azli bela.Chalet ni boleh disewa dengan harga RM 100 semalam,siap ada dapur lagi.
p/s: Kepada Azli (berbaju hijau),terima kasih daun keladi,tahun depan kitorang datang lagi.Tahun depan mungkin Abah @ Kamal akan joint sekali.
Sunday, December 27, 2009
Chalet Azli Bani.
Posted by ABD.MANAP B.ABD.RAHMAN at Sunday, December 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment