21/5/10-Jumaat,Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan dengan begitu meriah sekali.Pelbagai aktiviti telah disusun bagi menjadikan sambutan pada tahun ini agak lebih bermakna.Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku,Kami Guru Malaysia dan Guru Pembina Negara Bangsa.Selesai acara nyanyian acara explorace pun berjalan.Pelbagai aksi guru-guru dapat dilihat pada acara tersebut dan sesungguhnya sikap bekerjasama di antara guru-guru yang terlibat memang tidak dapat dinafikan.Acara explorace dimulai dengan acara menyiapkan 'puzzle',kemudian acara mencari buah kelapa sebanyak 4 biji yang telah disembunyikan,mengopek buah kelapa tersebut dan memarut buah kelapa tersebut dengan menggunakan pengukur kelapa tradisional.Setelah siap memarut kelapa,santannya diambil dan perlu dibuat cendol seterusnya menghabiskan cendol tesebut.Acara seterusnya ialah persembahan dari guru-guru mengikut kumpulan iaitu warna ungu,hijau,oren dan meron.Selepas acara persembahan,acara pertukaran hadiah dan akhir sekali adalah jamuan.Sesungguhnya sambutan pada tahun ini memang meriah....
Friday, May 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment