Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru

Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru
Kepada pelawat semua,blog yang berkaitan dengan fotografi dari blog ini,telah bertukar ke blog yang baru.Sila klik:

Friday, December 19, 2008

Nur Khairina genap sebulan.

Semalam, 18/12/08 genaplah usia Nur Khairina sebulan.
Beratnya pun dah makin bertambah 4.5 kg.Kesihatannya alhamdulillah,baik.Khairina juga baru je kena suntikan setelah berumur sebulan di Klinik Kesihatan Putrajaya pada 17/12/08.Boleh tahan juga Khairina punya jeritan semasa kena 'cucuk'.Malamnya Khairina agak meragam,mungkin tak selesa sebab siangnya kena 'cucuk'.

Thursday, December 18, 2008

Ahli keluarga.

Gambar bersama dgn Mak Teh (sebelah kanan),sebelum kami berangkat pulang ke Ipoh pada sebelah tengaharinya.
p/s: Dari kiri: Wan,Khairina,Amar,Irham,Manap,Mak,Izat & Mak Teh.

2.Majlis perkahwinan sepupu-Yus.


Pada 14/12/08 berlangsungnya majlis perkahwinan Mohd Yusrizal b.Omar (sepupu) & Ruzaini bt.Ridzuan.Majlis tersebut telah berlansung di rumah Mak Teh (emak saudara) di Serdang Kedah.Majlis tersebut telah berlangsung dlm keadaan yg agak meriah dan dihadiri oleh sanak saudara dan jiran tetangga.
p/s: Tahniah Yus,semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

1.Majlis perkahwinan sepupu-Asrul

Majlis perkahwinan anak kedua Hj.Ahmad b.Ali (bapa saudara) & Hjh.Halimah iaitu Asrul (pasangan di sebelah kanan) di dewan Orang Ramai Taman Selasih,Kulim pada 12/12/08.Majlis ini dijalankan serentak bersama dgn sepupu Asrul iaitu 'Ngah Chaq' yg merupakan anak saudara sebelah Hjh.Halimah.Majlis tersebut telah dijalankan pada sebelah malam.

p/s: Kepada Pak Cik Mad & Mak Cik,tahniah kerana mendapat menantu yg ke-2.

Majlis cukur rambut.

Pada 12/8/08 telah berlangsung majlis cukur rambut Nur Khairina yg berlangsung di Bagan Baharu.Majlis tersebut dimulakan dgn majlis bacaan doa kesyukuran dan seterusnya majlis cukur rambut yg dilakukan oleh bidan kampung Bagan Baharu iaitu Mak Ngah Jah.Anak yg pertama dan kedua juga dicukur oleh Mak Jah. Alhamdulillah cukur rambut tersebut telah mengambil masa lebih kurang 1/2 jam,ini disebabkan Khairina 'tidak duduk' diam.
p/s: Kepada Mak Jah,terima kasih daun keladi.

Majlis korban.

Alhamdulillah tahun ni dapat juga kitorang bersama-sama buat majlis korban pada 9/12/08.Aku ambil 3 bahagian,Amy 2 bahagian,Ya 1 bahagian & Kak Ton 1 bahagian.Daging lembu tersebut telah kitorang masak dan jemput satu kampung utk datang makan pada hari raya korban yg ke-2.Memang meriah.Lembu kitorang beli di Ulu Sepetang.Penyembelihannya juga dilakukan di kandang lembu tersebut (kandang lembu tersebut lengkap dgn tempat penyembelihan).

p/s: Gambar Amy & Najib sedang memikul sebahagian dr peha lembu,boleh tahan beratnya.

Sunday, November 30, 2008

Rumah Persekutuan di Cameron Highlads.

Inilah dia antara bangunan tempat penginapan di Rumah Persekutuan Cameron Highlands.Ada bilik biasa dan ada apartmen.Bilik biasa pun ruangnya agak luas dan memang berbaloi,satu malam hanya RM 25 sahaja.

Reunion MPSAH DPM1.

Setelah lebih 6 bulan program ini dirancang,akhirnya berjaya juga dilaksanakan. Majlis reunion ini dijalankan di Rumah Persekutuan Cameron Highlands dari 26-28/11/08.Seramai 17 daripada 20 keluarga telah berjaya menghadiri majlis ini.Semuanya telah berjalan seperti yg dirancang.Selain dari program di tempat penginapan,kitorang juga dapat melawat beberapa tempat yg menarik di sekitar Cameron dgn bergerak secara konvoi,memang best.Aku hanya dapat menghadiri pada hari ke-2 sahaja atas sebab-sebab yg tak dapat dielakkan.
Gambar aku: bawah sebelah kiri sekali bersama Amar.

Nur Khairina makin sihat.

Alhamdulillah,hari ni dah masuk 12 hari Khairina lahir.keadaannya bertambah sihat,berat sekarang dah meningkat kpd 3.72 kg dari 3.36 kg.Alhamdulillah juga kerana Khairina dah pun bebas drp penyakit kuning yg telah menyerang beliau pada hari ke-4 kelahirannya.Raya Haji ni Khairina akan 'cukur rambut' di rumah datuk dan neneknya di Bagan Baharu,Selama Perak sempena majlis korban pada hari raya ke-2 nanti.

Monday, November 24, 2008

Majlis perkahwinan Wan Ubaidullah.

Pada 22/11/08 yg lalu berlangsungnya majlis perkahwinan di antara Wan Ubaidullah dgn Zurina Hafsah.Majlis tersebut telah berlangsung dlm suasana yg agak meriah di Kg.Tersusun,Batu 5,Tambun Ipoh.
p/s: tahniah dr kami sekeluarga.

Thursday, November 20, 2008

Baby baru-Nur Khairina.

Alhamdulillah akhirnya tercapai juga hasrat untuk memiliki seorang anak perempuan,telah selamat dilahirkan di Hospital Putrajaya pada 18/11/08 pada jam 8:44 am dgn berat 3.36 kg.Baby telah diberi nama Nur Khairina yg bermaksud 'Cahaya Kebajikan'.

Monday, November 10, 2008

Saguhati-Prasekolah.

Sekolah Amar,SKPP 8(1) telah mendapat tempat saguhati dalam acara berjalan kaki.Kumpulan mereka telah membawa pulang wang saguhati sebanyak RM 100.

Tahniah diucapkan.

Walkathon '08.

Acara Walkathon '08,Fun in the Parks yg berlangsung di Taman Botani,Putrajaya pada 9/11/08.Peserta-pesertanya terdiri daripada pelajar-pelajar P rasekolah,Sekolah Rendah & Sekolah Menengah.Acara ini bermula di Taman Putra Perdana dan berakhir di Taman Botani,di mana pelajar-pelajar dikehendaki berjalan kaki dalam kumpulan masing-masing.Ramai pelajar yg terlibat dalam acara ini yg ditaja oleh Bank Rakyat dan kumpulan Utusan.
Gambar ini diambil bersama guru pengiring Prasekolah SKPP 8(1), Pn.Hafilah.Amar berdiri sebelah kiri sekali.

Majlis Graduasi Prasekolah 2009.

Sebanyak 8 buah Prasekolah telah terlibat,SKPP 11(3),SKPP 8 (1),SKPP 8 (2),SKPP 9 (2),SKPP 16 (1),SKPP 16(2),SKPP 9(1) dan SKPP 11 (1).Majlis ini berlangsung dalam dua sesi dan Amar dari SKPP 8(1) terlibat sesi 1.Majlis tersebut telah berlangsung dalam suasana yg agak meriah.

Majlis Graduasi Prasekolah Putrajaya.

Pada 8/11/08 , Amar pula menghadiri majlis graduasi bagi pelajar-pelajar Prasekolah di Putrajaya.Majlis ini telah berlangsung di Auditorium Parcel E (Kementerian Pelajaran M'sia,Putrajaya).Majlis telah bermula jam 8.30 pagi.

Saturday, November 8, 2008

Mural 2.

Lukisan dinding yg ini sebenarnya telah dibuat pada 31/10/03 bersama dengan Cikgu Azli Dakir (kini telah bertukar ke SK.Putrajaya 9 (2) ).Idea asal adalah dari aku.Dia punya upah pun boleh tahan la juga.Setelah genap 5 tahun,aku telah diberi kepercayaan sekali lagi utk mewarnakannya kembali oleh pihak Pusat Sumber.Lebih kurang 3 minggu juga aku nak menyiapkannya.Dulu 2 orang patut la cepat,sekarang ni buat sorang,penat jangan cerita la.Tapi bila dah siap,puas sekali rasanya.Lukisan ni telah siap sepenuhnya pada 6/11/08.

Friday, November 7, 2008

Mural 1.

Aku ni kalau tak dapat pegang berus cat,rasa macam kekurangan je...perangai ni dah lama dah berlaku,bila dapat sambung belajar,perangai ni berhenti sekejap...bila dah habis belajar lagi lagi perasaan tu makin berkobar-kobar!.Alhamdulillah degan bakat yg Allah s.w.t berikan kpd aku,inilah antara hasilnya yg dapat dikongsikan bersama.Lukisan ni aku hasilkan dan telah siap sepenuhnya pada 5/7/07,dan alhamdulillah sekali lagi kerana disamping memberi kepuasan dlm diri,dapat la juga duit poket...(seingat aku telah 5 buah lukisan dinding yg agak besar telah berjaya aku hasilkan sehingga saat ini).

Thursday, November 6, 2008

Reunion.

Gambar ni kitorang ambil di kawasan bukit pintu utama nak ke UPM,selepas tol.Kawasannya cantik.Sebenarnya pada 27/0/08 adalah hari terakhir kena hantar jubah,atas inisiatif Isha,kitorang buat perjumpaan kira reunion la (B.A. Bahasa & Linguistik Melayu '04/'07).Habis kawasan bukit tu kitorang ambil gambar.Hairan orang yg lalu-lalang di kawasan tersebut melihat karenah kitorang.Memang puas hati la ambil gambar di kawasan tersebut.Selesai bergambar di sekitar UPM kitorang pun terpaksa hantar jubah semula.Ada rezeki kita akan pakai jubah lagi.
Gambar dr kiri: Baharudin,Manap,Man,Azmi @ Dato',Isha dan Mustaqim.

Wednesday, October 29, 2008

B.A ( Bahasa & Linguistik Melayu ).

Assalamualaikum buat sahabat semua.Inilah antara impian aku selepas keluar dr maktab dan alhamdulillah ianya termakbul.Setelah 3 tahun bersusah payah,siang jadi cikgu,malam jadi anak murid (Kelas Eksekutif B.A Bahasa & Linguisti Melayu-UPM) akhirnya pada 22/10/08 aku berjaya dapat naik di atas pentas utama di Dewan Besar UPM.Sebenarnya aku tamat pengajian bulan Okt.'07 lagi,cuma majlis konvo je lewat setahun.Majoriti kelas aku ni geng-geng yg dah berumur,90% adalah terdiri drp guru-guru sekitar Lembah Klang.Ada guru besar,GPK dan Pegawai dr PPD.Aku adalah antara yg termuda dlm kelas tsb.Majlis konvo ni telah disempurnakan oleh Yg.Bhg.Tan Sri Dato' Rozali b.Ismail (Pro Canselor) yg juga merupakan pengerusi SYABAS.Jutaan terima kasih aku ucapkan buat mak & ayah aku,keluarga mertua,keluarga aku-isteri dan anak-anak yg sama-sama turut berkorban masa,tenaga dan wang ringgit demi mendapatkan segulung ijazah.
p/s: Bila dah naik atas pentas,terasa nak sambung master pula.

Thursday, October 23, 2008

Bersama kengkawan.

Gambar sebelum masuk ke dalam Dewan Besar UPM.Gambar bersama kengkawan sekelas (B.A-Bahasa & Linguistik Melayu).
Dari kiri: Ustaz Rafli (Sg.Pelek,sepang),Amin (Klang),Ansur (Sg.Pelek Sepang),Shahrom (Kajang),Tn.Hj.Naser (GPK 1,Sg.Pelek,Sepang) & Aku (Putrajaya).

Bersama Abd.Razak b.Husin.

Gambar selepas majlis konvo UPM ke-32.Bergambar bersama jiran sebelah rumah (Abd.Razak @ Jak),merupaka pegawai penyiasat di Balai Caw.Subang Jaya,juga merupakan petugas bagi majlis konvo tersebut.Sorry sepanjang aku belajar jarang kita semua (geng jiran-jiran-Zamri-A5/6) dapat keluar minum teh tarik kat kedai mamak sebelah terowong Presint 9. 3 tahun beb!.

Hari Konvo sebenar.

Gambar bersama Mak (Hjh.Bedah bt.Ali),adik (Muhd Faizul),isteri (Wan Alifah) dan anak-anak ( Muhd Amar Diniy & Muhd Amar Irham).
Terima kasih di atas sokongan selama ini.

Tuesday, October 21, 2008

Raptai penuh Konvo UPM ke-32

Pada 16/10/08 semua bakal graduan UPM sidang 6,7,8,9 & 10 telah menjalani raptai penuh konvokesyen yg ke-32 bermula jam 9.00 pagi di dewan Besar UPM.Rasa teruja utk majlis sebenar pada 22/10/08,sidang 10 sesi petang.
Gambar ni kitorang ambil selepas selesai raptai bersama dgn Isha, Baharudin dan aku.


Sunday, October 19, 2008

Hari lahir Amar yg ke-6

Selamat menyambut hari lahir yg ke-6 untuk Muhammad Amar Diniy.Kalau dilihat dari gambar yg kecil,seolah-olah Amar Irham yg sambut hari lahir,dia pula yg sibuk-sibuk nak tiupkan lilin,kempunan Amar Diniy tak dapat tiup lilin...

Tuesday, October 14, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri,maaf zahir & batin.

Selamat hari raya dari kami sekeluarga buat semua yg mengenali dari Pak Lang Man dan Hjh.Bedah sekeluarga.(gambar pada hari raya pertama di 189 Bagan Baharu,34510 Batu Kurau,Taiping Perak)

Dah naik dinding.

3. Alhamdulillah pada 27/9/08,lagi 3 hari nak raya kitorang saje pergi tengok tapak rumah,dah naik dinding rupanya.Sekarang ni tinggal nak plaster simen je lagi.

Baru naik tiang.

2. Gambar ni diambil pada 17/8/08,masa cuti pertengahan penggal ke-2.Baru naik tiang.Dinding,rasanya lepas ni kot sebab batu-bata dah ada berhampiran kawasan tersebut.

Monday, September 22, 2008

Mencari bekas guru Tahun 1 (1982) - Cikgu Johariah bt.Johari

Cikgu Johariah bt.Johari adalah merupakan guru saya semasa Darjah Satu ketika belajar di Sek.Keb.Bagan Baharu,
Selama Perak pada tahun 1982.Selepas tahun 1983 beliau telah bertukar ke sekolah lain.Kini beliau telah berumur dalam lingkungan pertengahan 50'an (telah pencen @ belum,tidak pasti).
Sehingga kini saya tidak tahu dimanakah beliau berada.Kepada sesiapa yg mengenali beliau atau mempunyai maklumat tentang beliau sila hubungi saya melalui email : manap_75@yahoo.com.my
Gambar Cikgu Johariah : duduk no.1 dari kiri.
Kerjasama dari anda semua amatlah dihargai.Untuk melihat dgn lebih jelas,sila klik pada gambar.

Mencari bekas guru Ting.5sc1 (1992) - Cikgu Rafeah bt.Hashim

Cikgu Rafeah bt.Hashim adalah merupakan guru Matematik saya (Ting.5 Sc1) semasa belajar di SM.Sains Teluk Intan Perak (SEMESTI) pada tahun 1992.Suami beliau iaitu Cikgu Naser b.Hashim merupakan seorang guru Biologi di sekolah yg sama.Maklumat yg terakhir pada tahun 1997 saya mendapat tahu bahawa beliau telah bertukar ke SM.Sains Muhamad Jiwa di Sg.Petani Kedah.Sehingga kini saya tidak tahu dimanakah beliau berada.Kepada sesiapa yg mengenali beliau atau mempunyai maklumat tentang beliau atau suaminya sila hubungi saya melalui email : manap_75@yahoo.com.my

Gambar Cikgu Rafeah : duduk no.4 dari kiri.Suami beliau : duduk no.1 dari kiri.
Kerjasama dari anda semua amatlah dihargai.Untuk melihat dgn lebih jelas lagi,sila klik pada gambar.

Sunday, September 21, 2008

Lagu Raya oleh Irham


Lagu ini ditujukan khas buat Tok & Tok Wan di Bagan Baharu Selama Perak,Atok,Opah,Ayah Ndak & Ayah Chik di Batu 5 Tambun Ipoh,Mak Yong sekeluarga di Kuala Kangsar,Mak Long di Green Lane Penang,Pak Lang Ya sekeluarga di Tmn.Kucai Lunas Kedah,kengkawan di Jln.P11 A5/6,Presint 11 Putrajaya (Hakim & Naqiu),kengkawan di rumah 'ngasuh' Mak Peah & Ayah Pin seterusnya kepada yg menyambut hari raya dgn ucapan " bergembiralah di hari raya ini"....

Wednesday, August 20, 2008

Pondok di dusun.

Pondok ni dibuat untuk tunggu buah durian gugur,siap ada elektrik lagi.Kalau nak tidur malam pun boleh.Kepada sesiap yang nak merasa tunggu buah durian gugur,boleh la datang ke sini bila tiba musim buah durian.Aku masa bujang dulu sempat la juga tidur kat sini bersama dengan sepupu,bila bunyi durian gugur je terus kena pergi tengok,tak kira la jam berapa.Kalau tak tengok silap haribulan dikebasnya orang.Di belakang pondok ni lebih kurang 500m ada sebuah parit dan disebelahnya pula terdapat parit taliair.Kalau nak mandi pun boleh,airnya boleh tahan juga sejuknya,sebab kawasannya berhampiran dengan gunung.

Buah durian...

Inilah dia antara buah durian yang dapat kitorang makan pada hari tersebut.Rasanya boleh tahan la juga dan memang puas la kitorang makan sampai dah tak larat.Nak bawa balik ke Putrajaya memang tak cukup,jadi terpaksa la kitorang makan di dusun je.(gambar ayah sedang mengopek buah durian).

Balik kampung...

Gambar di dusun durian di Kg.Raja Bersiong,Ijok Perak.Buah pun dah nak habis,kira sempat juga la kitorang makan.Hari yang kitorang sampai (16/8/08) buahnya kecil-kecil je yang luruh.

Tuesday, August 12, 2008

KENANGAN DI UPM '04/'07

TAMATNYA KELAS DRAMA.
Setelah penat berlatih dan berlakon,akhirnya segala-galanya telah selesai.Rasa puas dan seronok sebab segalanya dah selesai,cuma nak tunggu final exam je lagi.Inilah sebahagian daripada pelajar lelaki kelas Eksekutif UPM '04/'07.Gambar ni diambil sejurus selesai je semua drama dipentaskan.Jelas terbayang kepuasan di wajah masing-masing,lebih-lebih lagi pensyarah drama kitorang iaitu Dr.Normaliza bt.Abd.Rahim.Sesungguhnya dia amat berpuas hati dengan lakonan kitorang semua.
Belakang kiri: Isha,Manap,Mustakim,kamarul,Kahiri,halim,Ghazali,Jamhari dan Zakaria.
Depan kiri: Shahrom,Ansur,Wak Hisham,Man Pajam,Baharudin dan Amin.

Monday, August 11, 2008

KENANGAN DI UPM '04/'07

Pementasan drama.
Inilah antara babak yg terdapat dalam drama "Kotaku Oh Kotaku".Rasanya group kitorang yg sentiasa kedengaran bunyi orang gelak ketawa dalam dewan tersebut berdasarkan aksi Ansur (tukang sapu),Shamsul (tukang pengangkut najis) dan Wak Hisham (mat rempit).Watak aku senang je,sebagai seorang doktor.Cakap pun tak banyak (dalam tak banyak cakap pun,skrip terlupa juga).

KENANGAN DI UMPM '04/'07

DRAMA.
Dalam banyak-banyak paper yg diambil di UPM rasa aku,inilah paper paling berat yg aku rasa,mana taknya...dengan kuliahnya,dengan assignmentnya dan yg paling penting kitorang kena buat drama lagi.Aduh!...
tapi itu masa belajar la,sekarang ni bila teringat balik suasana tu rasa seronok pun ada.Paper ni sebenarnya sebelum ni takde pun kena berdrama,masa semester kitorang je,nak buat percubaan katanya...kalau group kitorang berjaya lepas ni sesiapa yg ambil paper Drama dah tentu kena berdrama.Kitorang berlatih drama masa bulan puasa.Malam pementasan adalah di malam bulan puasa.nak buat macam mana,dah terpaksa.Group kitorang kena tajuk drama muzikal.Pilih punya pilih akhirnya ketua kumpulan telah memilih tajuk "Kotaku Oh Kotaku".
Dari kiri: Halim,Rizal,Azmi Dato' (hantu),aku (doktor),Kamarul dan Isha (YB).Akhirnya drama kitorang berjaya juga dipentaskan di Panggung Percubaan UPM (belakang Dewan Besar UPM).

Sunday, August 10, 2008

KENANGAN DI UPM '04/'07

PERPUSTAKAAN UPM.
Antara pengalaman yang terpaksa dilalui...
...masa ni anak aku yg kedua baru berumur 7 bulan,yang pertama 5 tahun,waktu malam terpaksa bawa anak-anak ke perpustakaan UPM untuk pinjam buku nak siapkan assignment.Pelajar-pelajar sepenuh masa yang berada di sekitar perpustakaan rasa pelik bila kau bawa anak-anak ke situ,pada aku...peduli apa orang nak cakap,susah senang aku bukannya diorang nak tolong pun.Isteri aku pun belajar juga...so sama-sama la bergilir jaga anak,nak ambik orang gaji duit tak cukup. Pinjaman belajar pula tak dapat,memang perit
masa tu. Isteri aku buat PJJ UPM,kos sama seperti aku-Bahasa dan Linguistik '05/'08.Bezanya kelas dia hari cuti je dan kelasnya di bangunan Baitulmal kampung Pandan KL.
dalam keadaan yang susah payah,berjaya juga ditempuhinya.
Nak cerita sikit bab anak yg kedua ni,masa berumur 2 minggu isteri aku terpaksa menduduki peperiksaan akhir semester 3 di bangunan PJJ di UPM dalam keadaan masih pantang,berbaju panas dan siap berstokin.Kitorang terpaksa membawa yang kecil tu sekali ke tempat peperiksaan.Bayangkan la...Ada juga la pensyarah yg bersembang dengan aku kat tempat tu sambil berjenaka...kecik-kecik lagi dah masuk ke universiti....sejuk hati aku mendengarnya.
p/s: betul la orang kata..."nak senang bukannya mudah.."

KENANGAN DI UPM '04/'07

HJH.HALIMAH BT.HASSAN.
Inilah dia pensyarah kitorang iaitu Hjh.Halimah bt.Hassan.Beliau merupakan pensyarah untuk paper BBK 3305 : Kesusasteraan Rakyat Melayu.Untuk paper ni penat juga la nak mengkaji dan membaca teks-teks Melayu lama,tapi alhamdulillah dapat juga banyak ilmu dari pembacaan tersebut.

KENANGAN DI UPM '04/'07

Gambar hari-hari terakhir semasa di semester 6 untuk paper BBK 3305:Kesusasteraan Rakyat Melayu.Pensyarahnya iaitu Pn.Hjh.Halimah atau lebih dikenali dengan nama Mak Limah.Hjh.Halimah memang hebat la oarnagnya terutama dalam bab-bab sejarah Melayu ni.dalam kelas ni set-set cikgu lelaki biasanya akan duduk di barisan belakang,bukannya apa...sebab jumlah kitorang sikit.Kelas ni hanya untuk minor sastera je.
p/s: Gambar bersama Isha,Din Belang,Halim dan Azmi Dato'.



KENANGAN DI UPM '04/'07

Prof.Dr.Awang Sariyan.

Gambar kenangan bersama dengan Prof.Dr.Awang Sariyan.Beliau merupakan seorang pakar dalam bidang bahasa dan linguistik di Malaysia.Dia mengajar kitorang masa semester 6 untuk kertas BBM 3204-Sosiolinguistik.Cara pengajarannya rileks je...takde nak tension kepala otak.Apa yang diajarnya,itu yang masuk dalam periksa dan yang penting kena study.Dia sekarang ni dari maklumat yang diterima,beliau sekarang telah bertugas di Univ.Malaya.
p/s: Gambar ni kitorang ambil masa hari terakhir semester 6,terdiri dari (kiri) : Isha,Aku dan Wan Suib.

KENANGAN DI UPM '04/'07

PEMBENTANGAN HASIL KERJA ( BAHASA DLM MULTIMEDIA - PENSYARAH : DR.NORMALIZA BT.ABD.RAHIM )
TAJUK : TELESIDANG.
Ini adalah antara kenangan semasa di UPM semester 7,ketika mengambil kertas Bahasa dlm Multimedia dgn pensyarah Dr.Normaliza bt.Abd.Rahim.Paper ni setiap minggu ada je kerja yg nak kena bentang dan gambar ni adalah hasil pembentangan kumpulan kitorang yg terakhir pd malam terakhir semester 7 sebelum menduduki peperiksaan akhir semester 7.Tajuk yg kitorang kena bentang ialah "Telesidang".Segala-gala maklumat yg kitorang perolehi telah berjaya dibentangkan dan segala-galanya selamat.Dlm group kitorang,tukang bacanya dah tentu la Mohd Isha b.Tahir (pakar bercakap) dan yg tukang jaga slide power point dah tentu aku yg kena.Dlm paper ni,kira alhamdulillah la,banyak yg kitorang dapat pelajari terutamanya yg berkaitan dgn multimedia dan terima kasih yg tak terhingga buat Dr.Normaliza kerana mengajar kitorang.
p/s: walaupun agak garang orangnya,tapi dia baik...(pernah terjadi pintu bilik kuliah kena tutup,sebab datang lambat ke kuliah).

KENANGAN DI UPM '04/'07

Dewan Kuliah DKAP-C


Dewan kuliah ni adalah kelas kitorang masa semester 5 paper Tamadun Asia.Paper ni kitorang bergabung dengan budak2 Com.Bila dah bercampur tu riuh rendah dibuatnya,maklumla...
semuanya tua-tua belaka,bapa-bapa dan mak-mak budak belaka dan 99% adalah guru di sekitar Lembah Klang.Yang tersenyum tu adalah Datuk Azmi dr Pantai Dalam KL,sebelah dia Zaidi ngajar sekolah Cina di Serdang,depan Zaidi berbaju putih tu adalah Zakaria @ Pak Ya.Yang depan sekali tu Maarof dan dibelakangnya adalah Man (pakar IT).

KENANGAN DI UPM '04/'07

2. MAJLIS MAKAN BESAR 2.

Gambar semasa kitorang makan malam di Bistro bersebelahan South City Plaza,Seri Kembangan,Serdang,selepas selesai periksa akhir semester 7,UPM.Kira makan besar la ni,ini merupakan tempat yg ke 3 kitorang makan besar selepas restoran Western Food di Sri Serdang dan Restoran Anjung.Majlis ni kitorang buat sebaik sahaja selesai peperiksaan akhir semester (kira dah jadi tradisi la..)Ahlinya pun biasanya adalah ahli tetap,terdiri drp Mohd Isha (ketua),WanSuib,Aku,Kamarul,Mustakim,
Zakaria@Pak Ya,Halim dan Zaidi.

Sunday, July 27, 2008

KENANGAN SEMASA DI UPM '04/'07

1. BANGUNAN FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI.

Inilah dia bangunan fakulti tempat aku belajar.Fakulti
Bahasa Moden dan Komunikasi.Terletak bertentangan dengan Masjid Putra,antara fakulti yg paling awal ditempuhi jika ke UPM.Bersebelahan dengan fakulti ni adalah bangunan utk pelajar PJJ.Suasananya ok la,sesuai utk belajar.Ia dikelilingi oleh pokok-pokok dan disebelah kiri hujung fakulti ni terletaknya perkuburan Islam dan jerat Cina.






Sunday, July 20, 2008

Kawan lama...


Gambar Rizam dan keluarga semasa datang ke Putrajaya.Rizam ni adalah member serumah masa bujang dulu.Kitorang tinggal di Kg.Dato' Abu Bakar Baginda,lepas tu tinggal di Flat Bosnia,Serdang.Lepas kahwin,masing-masing bawa diri.Akhirnya Rizam dpt tukar balik Sg.Petani Kedah,aku pula pindah ke Putrajaya.Akhirnya pada 18/7/08 ,Rizam kembali bertemu di Putrajaya semula.

Tuesday, July 15, 2008

2007


Gambar kakitangan SK.Dato' Abu Bakar Baginda.gambar aku depan sebelah kiri sekali.

Monday, July 7, 2008

Pemandangan yg indah...


Inilah dia pemandangan yg boleh dilihat dari kawasan perumahan yg bakal aku duduki.Berlatar belakangkan bukit-bukau,udara yg nyaman dan segar serta agak sejuk.Masa ni lebih kurang 5 buah rumah telah disiapkan.

Baru siap tapak...

1.
Inilah dia tapak rumah aku yg dlm proses utk disiapkan.Gambar ni diambil pada cuti penggal bulan 5 yg lepas.InsyaAllah hujung tahun ni siap la...dan mungkin 2 @ 3 tahun lagi baru kitorang minta tukar balik mengajar ke Perak.

Sunday, July 6, 2008

Hari Keluarga di PD.



Gambar terbaru,semasa mengikuti Hari Keluarga SKDABB di Hotel Sri Bayu Beach Resort Port Dickson pada 21-22 Jun '08.Kitorang duduk di sana 2 hari 1 malam.Pelbagai aktiviti di adakan,selama 8 tahun berkhidmat di SKDABB inilah kali pertama aku mengikutinya.Enjoy habis....

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah...



Gambar masa sambutan Maulidur rasul peringkt sekolah.Kira meriah juga la...Sebelah aku tu Ust.Fazirul.Kitorang buat perarakan keliling Kampung Dato' Abu Bakar Baginda,Sepang,siap Polis kawal lagi jalan raya.

Mengantuk...



Gambar di KLIA,masing-masing tengah mengantuk,setelah menunggu lebih dari 2 jam...katanya berlepas jam 11.00 mlm,bila jam 11.00 mlm,tunda pula....esoknya dah nak sekolah,so terpaksa mabil keputusan jam 12.30 tgh malam terpaksa beransur untuk pulang...

Bengkel Fotografi

Bengkel Fotografi

KURSUS STUDIO

KURSUS STUDIO
ALOR SETAR 16-18 DIS 2009

GUNUNG KINABALU 1

GUNUNG KINABALU 1
12 SEPT.1998

GUNUNG KINABALU 2

GUNUNG KINABALU 2
12 SEPT.1998

GUNUNG KINABALU 3

GUNUNG KINABALU 3
11 SEPT.1998