
13/6/10-Selepas balik dari Terengganu,on the way nak balik ke Ipoh,kitorang exit Tapah Highway dan terus ke Cameron Highlands.Kira ok lagi la pemandangan di Cameron selepas majlis reunion MPSAH DPM1 '06/'09 di Rumah Peranginan Cameron Highlands Dis 2008.Masa di ladang teh masih terasa angin sejuk walaupun tidak sesejuk 14 tahun yg lalu (bawa rombongan SM.Serdang,Kedah).

Anak-anak bukan main seronok bila dapat melawat ladang teh.Last sekali bawa anak masa Amar Diniy berumur setahun lebih,kira besar Khairina sekarang la....

Memang tidak dapat dinafikan,di Cameron bunga-bunganya memang cantik-cantik!....Masa nak turun balik,kitorang ikut jalan Simpang Pulai Ipoh...tapi masa di Brinchang kitorang dah jem teruk,hampir 2 jam lebih sangkut antara Brinchang dan Tanah Rata.Ingatkan Lembah Klang je jem,Cameron pun jem juga.Hari Rabu berikutnya 16/6/10 dalam rancangan Aduan Rakyat TV3,keluar berita tentang jem teruk di Cameron dan hakikatnya memang betul apa yang dipaparkan di dalam rancangan tersebut,kalau korang ada menontonnya pasti korang tahu apa penyebabnya.....