Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru

Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru
Kepada pelawat semua,blog yang berkaitan dengan fotografi dari blog ini,telah bertukar ke blog yang baru.Sila klik:

Tuesday, November 24, 2009

Birthday Rina...

18/11/09-Hari ulangtahun yang pertama buat Nur Khairina.Kitorang sambut di Dataran Masjid Putra.Jemput Paksu dan Rosni je untuk joint sekali.

Tuesday, November 17, 2009

Lawatan ke Petrosains KLCC.

Selepas membuat lawatan ke kilang roti Hi-5 di Shah Alam,kitorang terus ke KLCC.Lawatan kali ini ke Petrosains di tingkat 4.Sempat la naik simulator helikopter,teringat masa naik kapal terbang Air Asia bulan Jun yang lepas ke Sabah.Budak-budak jangan cerita la,riuh rendah dibuatnya...

Lawatan ke kilang roti Hi-5.

17/11/09-Pengawas Pusat Sumber dan Kelab Usahawan SKDABB telah membuat lawatan sambil belajar ke kilang roti Hi-5 di Shah Alam.Guru pengiring bagi lawatan kali ini terdiri daripada Pn.Meslina,Pn.Zuria,Pn.Huraini,En.Mat Rozi,En.Abd.Ghani dan En.Abd.Manap.

Saturday, November 14, 2009

Hobi baru...

14/11/09-Ikan kelisa,ikan yg diidam-idamkan selama ini dan alhamdulillah pada hari ini berjaya juga aku memeliharanya.Ikan ini dibeli di kedai ikan di pekan Dengkil.Bila masukkan ke dalam akuarium je,kilauan di badannya...fuh! cantik!....

Sunday, November 8, 2009

Mandi sungai lagi

7/11/09-Perkhemahan motivasi SK.Putrajaya 8(1)-sekolah Umi,telah diadakan di Kem Rimba Alam di Sg.Congkak untuk murid-murid tahun 5.Seramai 80 rang pelajar telah mengikuti kem ini.Sementara diorang buat aktiviti sempat lagi kitorang pergi mandi sungai di Kg.Pangsun lebih kurang 3 km dari Sg.Congkak.Airnya fuh!....memang sejuk dan segar.

Wednesday, November 4, 2009

Dusun Durian.

1/11/09-Dusun durian di Kg.Kota Raja Bersiong,Ijok Perak.Kesempatan ke dusun durian semasa balik kampung untuk melawat Pak Su Silah yang telah meninggal pada 31/10/09 telah digunakan sebaik mungkin oleh Irham dan Amar untuk mengutip buah durian.Kitorang pergi ke dusun pada pagi Ahad 1/11/09,puas la kitorang makan buah durian...tengaharinya kitorang terus ke Tambun Ipoh dan 8.30 malam kitorang terus bertolak balik ke Putrajaya.

Bengkel Fotografi

Bengkel Fotografi

KURSUS STUDIO

KURSUS STUDIO
ALOR SETAR 16-18 DIS 2009

GUNUNG KINABALU 1

GUNUNG KINABALU 1
12 SEPT.1998

GUNUNG KINABALU 2

GUNUNG KINABALU 2
12 SEPT.1998

GUNUNG KINABALU 3

GUNUNG KINABALU 3
11 SEPT.1998