Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru

Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru
Kepada pelawat semua,blog yang berkaitan dengan fotografi dari blog ini,telah bertukar ke blog yang baru.Sila klik:

Sunday, February 28, 2010

Tasik Presint 18.

28/2/10-Jam 6.00 petang selepas beli 'cucuq kodoq' & goreng pisang di Taman Warisan Presint 16,kitorang terus ke Presint 18.Belakang rumah Ustazah Farizah terdapat tasik yg mempunyai pemandangan yg agak cantik.Inilah pertama kali kitorang ke tasik tersebut.Tasik ini boleh dijadikan sebagai lokasi untuk 'outdoor' bagi pasangan pengantin.

Jom Heboh 1/2010

27/2/10-Jom Heboh di Kompleks Sukan Bukit Jalil,lebih kurang 30 minit perjalanan dari rumah (itu pun melalui highway Sg.Besi).Dah lama juga tak ke Jom Heboh,rasanya last kitorang pergi 2 tahun lepas juga di Bukit Jalil...masa tu Irham umur 2 tahun.Di sini gerai jualan memang banyak,macam-macam ada dijual,sayang sekali cuaca agak panas,Irham dah mula meragam....so terpaksa balik awal.

Saturday, February 20, 2010

Hari lahir yg ke-4

20/2/10-Selamat hari lahir buat Muhammad Amar Irham yang ke-4.Masuk je bulan Febuari asyik tanya bila nak makan kek...hari ni dapat la dia makan kek sepuas-puasnya.Amar Diniy frust je sebab tak dapat balas dendam kepada Irham,masa Amar Diniy sambut hari lahir yg ke-7 Irham sabotaj keknya...habis hancur!....

Karnival WOW Putrajaya.

20/2/10-Satu karnival WOW Putrajaya telah berlangsung di Presint 2 (Tapak Pasar Tani) selama 2 hari.Pelbagai aktiviti dijalankan selama 2 hari tersebut.Hari ni memang free so bawa anak-anak berjalan ke karnival tersebut.

Thursday, February 18, 2010

Mee udang banjir

15/2/10-Kuala Sepetang,Taiping.Sebut je mee udang banjir rasanya semua orang daerah Taiping akan mengetahuinya.Sebenarnya cerita ni pernah masuk dalam Majalah 3 tahun 2009.Selepas melihat dalam rancangan tersebut,perasaan ingin mencuba sentiasa ada,tapi disebabkan kekangan masa terpaksa dipendamkan sehinggalah pada 15/2/10 sempena cuti tahun baru Cina barulah dapat merasainya.Memang sedap,udangnya memang fresh...baru ambil terus dari laut (Kuala Sepetang kawasan tepi laut).Sepanjang jalan nak ke Kuala Sepetang,terdapat beberapa deretan kedai yang menjual mee udang.Kitorang berhenti di salah sebuah kedai berhampiran pokok bakau,orangnya sentiasa ramai dan sebelum menikmati mee udang terpaksa menunggu lebih dari 1 jam!....

Sunday, February 7, 2010

Pameran Mamalia Malaysia

7/2/10-Bertempat di Muzium Alam Semula Jadi,Jln.Diplomatik,Presint 15 Putrajaya telah berlangsung satu pameran mamalia.Pelbagai jenis binatang mamalia yang telah diawet menjadi bahan pameran.

Kursus-1/2010

6/2/10-Bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berlangsung satu kursus fotografi selama satu hari.Kursus ini telah dianjurkan oleh pelajar tahun akhir Fakulti Ekonomi & Muamalat (FEM) USIM dengan kerjasama Focus World Studio.Banyak input serta teknik-teknik mengambil gambar telah diajar kepada peserta.

Bengkel Fotografi

Bengkel Fotografi

KURSUS STUDIO

KURSUS STUDIO
ALOR SETAR 16-18 DIS 2009

GUNUNG KINABALU 1

GUNUNG KINABALU 1
12 SEPT.1998

GUNUNG KINABALU 2

GUNUNG KINABALU 2
12 SEPT.1998

GUNUNG KINABALU 3

GUNUNG KINABALU 3
11 SEPT.1998