Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru

Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru
Kepada pelawat semua,blog yang berkaitan dengan fotografi dari blog ini,telah bertukar ke blog yang baru.Sila klik:

Sunday, January 11, 2009

Aktiviti di hujung minggu.

Inilah dia aktiviti keluarga di hujung minggu.Kali ni kitorang mandi di kolam Presint 16 (Dewan Kejiranan Presint 16).Biasanya kalau tak mandi di Presint 16,kitorang akan mandi di kolam Presint 9.Presint 16 ni,kolam untuk budak-budak kecil je setakat pinggang Amar.Di Presint 9,agak dalam dan lebih besar serta luas.Kedua-dua kolam di Putrajaya,free je tak payah bayar. Lepas mandi,terus kitorang pergi makan di kedai makan yang berhampiran dengan kolam.
p/s: Di Putrajaya sungai takde,so terpaksa la mandi kolam.

Tuesday, January 6, 2009

Hari pertama persekolahan.

Pada 5/1/09 merupakan hari pertama persekolahan bagi Amar.Jam 5:45 pagi dah siap bangun.6.30 pagi dah siap semuanya,Irham juga tak ketinggalan,hari tersebut dia bangun awal pula,selalunya dia bangun paling lambat.Nak ikut Amar ke sekolah katanya ( siap pakai baju sekolah Pra dan seluar sekolah darjah 1 Amar ).Akhirnya pagi tersebut terpaksa la Uminya membawa mereka 3 orang termasuk Khairina ke sekolah bagi menemani Amar.
p/s: Amar seronok sangat dapat belajar di tahun 1.Irham juga tak habis-habis bercerita seronoknya dapat pergi ke sekolah Amar.

Friday, January 2, 2009

Selamat ulangtahun yg ke...


Alhamdulillah,hari ni 2.1.09 genaplah usia aku yang ke-34.Dah makin meningkat umur rupanya...Hari ni kitorang hanya pergi meraikan hari ulangtahun aku di KFC Putrajaya.Kira ok la tu,isteri aku baru je habis pantang semalam,anak yg ke-3 pun baru je berumur sebulan lebih,nak pergi makan di tempat yg lain agak jauh jadi sebulat suara telah memilih KFC Putrajaya.Terima kasih kepada isteri yg sponsor makan di KFC.
p/s: Harapan di tahun 2009,semoga kehidupan dilimpahi dengan rahmat, dimurahkan rezeki & diberikan kesihatan yg baik kepada kitorang sekeluarga.

Thursday, January 1, 2009

Selamat Tahun Baru 2009.


Selamat menyambut tahun baru 2009.Semoga dengan kedatangan tahun baru ini akan menjadikan kita semua lebih bersedia untuk menempuhi cabaran yang semakin mencabar.
p/s : Nur Khairina sudah mula belajar 'senyum'.

Amar dah nak masuk Tahun 1.

Pada 30/12/08 yang lalu telah berlangsung majlis suai kenal/pendaftaran pelajar Tahun 1 dan Prasekolah SK.Putrajaya 8(1) bagi sesi 2009.Amar telah terlibat di dalam program ini yang telah bermula dari jam 8:30 pagi sehingga 10:30 pagi.Program ini sebenarnya untuk mendekatkan lagi pelajar-pelajar dengan dunia persekolah yang sebenar,dan yang paling penting apabila bermulanya sesi persekolahan pada 5/1/09,semuanya berjalan seperti biasa,tiada lagi kedengaran pelajar menangis dan pelajar yang tidak mahu masuk ke kelas.Bagi Amar tiada masalah,ini kerana semasa Prasekolah Amar memang belajar di sekolah ini.
p/s: Tak sangka betul,dah nak masuk Tahun 1 rupanya Amar!.

Bengkel Fotografi

Bengkel Fotografi

KURSUS STUDIO

KURSUS STUDIO
ALOR SETAR 16-18 DIS 2009

GUNUNG KINABALU 1

GUNUNG KINABALU 1
12 SEPT.1998

GUNUNG KINABALU 2

GUNUNG KINABALU 2
12 SEPT.1998

GUNUNG KINABALU 3

GUNUNG KINABALU 3
11 SEPT.1998