Iklan

Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru

Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru
Kepada pelawat semua,blog yang berkaitan dengan fotografi dari blog ini,telah bertukar ke blog yang baru.Sila klik:

Thursday, December 18, 2008

Ahli keluarga.

Gambar bersama dgn Mak Teh (sebelah kanan),sebelum kami berangkat pulang ke Ipoh pada sebelah tengaharinya.
p/s: Dari kiri: Wan,Khairina,Amar,Irham,Manap,Mak,Izat & Mak Teh.

2.Majlis perkahwinan sepupu-Yus.


Pada 14/12/08 berlangsungnya majlis perkahwinan Mohd Yusrizal b.Omar (sepupu) & Ruzaini bt.Ridzuan.Majlis tersebut telah berlansung di rumah Mak Teh (emak saudara) di Serdang Kedah.Majlis tersebut telah berlangsung dlm keadaan yg agak meriah dan dihadiri oleh sanak saudara dan jiran tetangga.
p/s: Tahniah Yus,semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

1.Majlis perkahwinan sepupu-Asrul

Majlis perkahwinan anak kedua Hj.Ahmad b.Ali (bapa saudara) & Hjh.Halimah iaitu Asrul (pasangan di sebelah kanan) di dewan Orang Ramai Taman Selasih,Kulim pada 12/12/08.Majlis ini dijalankan serentak bersama dgn sepupu Asrul iaitu 'Ngah Chaq' yg merupakan anak saudara sebelah Hjh.Halimah.Majlis tersebut telah dijalankan pada sebelah malam.

p/s: Kepada Pak Cik Mad & Mak Cik,tahniah kerana mendapat menantu yg ke-2.

Majlis cukur rambut.

Pada 12/8/08 telah berlangsung majlis cukur rambut Nur Khairina yg berlangsung di Bagan Baharu.Majlis tersebut dimulakan dgn majlis bacaan doa kesyukuran dan seterusnya majlis cukur rambut yg dilakukan oleh bidan kampung Bagan Baharu iaitu Mak Ngah Jah.Anak yg pertama dan kedua juga dicukur oleh Mak Jah. Alhamdulillah cukur rambut tersebut telah mengambil masa lebih kurang 1/2 jam,ini disebabkan Khairina 'tidak duduk' diam.
p/s: Kepada Mak Jah,terima kasih daun keladi.

Majlis korban.

Alhamdulillah tahun ni dapat juga kitorang bersama-sama buat majlis korban pada 9/12/08.Aku ambil 3 bahagian,Amy 2 bahagian,Ya 1 bahagian & Kak Ton 1 bahagian.Daging lembu tersebut telah kitorang masak dan jemput satu kampung utk datang makan pada hari raya korban yg ke-2.Memang meriah.Lembu kitorang beli di Ulu Sepetang.Penyembelihannya juga dilakukan di kandang lembu tersebut (kandang lembu tersebut lengkap dgn tempat penyembelihan).

p/s: Gambar Amy & Najib sedang memikul sebahagian dr peha lembu,boleh tahan beratnya.

Bengkel Fotografi

Bengkel Fotografi

KURSUS STUDIO

KURSUS STUDIO
ALOR SETAR 16-18 DIS 2009

GUNUNG KINABALU 1

GUNUNG KINABALU 1
12 SEPT.1998

GUNUNG KINABALU 2

GUNUNG KINABALU 2
12 SEPT.1998

GUNUNG KINABALU 3

GUNUNG KINABALU 3
11 SEPT.1998