Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru

Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru
Kepada pelawat semua,blog yang berkaitan dengan fotografi dari blog ini,telah bertukar ke blog yang baru.Sila klik:

Saturday, October 15, 2011

Gegaria Harian Metro

25/9/11 - Ahad,Program Gegaria Harian Metro telah diadakan di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh.Hari ni free,so bawa anak-anak berjalan sambil melawat program tersebut.Macam-macam program yg telah dijalankan,antaranya pameran kereta.

Khairina di hadapan kereta MyVi yang memang cantik luar dan dalam...

Antara kereta yang telah diubahsuai sistem bunyinya...
Lebih kurang 1 jam lebih kitorang berada di situ...

Sunday, August 21, 2011

Selamat Hari Raya

Ucapan selamat Hari Raya,maaf zahir & batin buat semua yang mengenali

tidak kira di mana anda berada.

Sunday, July 17, 2011

Muzium Taiping.

11/7/2011 - Isnin.Sempena cuti ganti Larian 1M1S,kitorang pergi melawat Muzium Perak di Taiping selepas kerja di NUTP di Taiping selesai.Sekarang ni muzium sedang dibaiki jadi banyak benda yang tak dapat dilihat.Ini merupakan pengalaman pertama anak-anak aku ke muzium,so riuh-rendah dibuatnya bila dapat masuk melawat.
Gambar yang paling aku suka...Pemandangan di hadapan muzium.
Dalam perjalanan balik ke Ipoh,singgah sekejap pekena 'Laksa Buyong' yang terkenal di Bukit Gantang Taiping.Gerainya terletak di tepi jalan besar (jalan lama) untuk ke Kuala Kangsar.Laksanya memang 'power',dah lama nak singgah...tapi setiap kali nak singgah je gerainya di tutup sebab laksa habis...pelanggannya memang sentiasa ramai.

Kapal Korek - Batu Gajah

16//7/2011 - Sabtu.Selepas selesai program ceramah agama/motivasi di SM.Vokasional Ipoh (khas utk Pengerusi @ AJK Kelab Guru sekolah-sekolah menengah dan rendah Daerah Kinta Utara), terus ambil keputusan untuk melawat ke kapal korek di Batu Gajah,Perak yang telah tergendala beberapa bulan.Lebih kurang 1/2 jam memandu dari rumah,sampailah kitorang di sana dengan bayaran RM10 utk 2 orang dewasa.

Sebelum ni kitorang dah pernah sampai tetapi tak sempat nak masuk sebab dah tutup,lebih masa.Kali ni kitorang datang awal sikit.Memang teruja sekali bila berada di depan kapal korek tersebut.Daripada penerangan pemilik kapal tersebut,kapal ini merupakan kapal yang terakhir masih wujud disitu sehingga 1982,yang lainnya telah dijadikan besi buruk.Kiranya masih beruntung la...hanya tinggal sebuah je yg masih boleh dilihat sehingga kini.Gambar di atas gambar yg diambil di dalam kapal korek tersebut.

Antara perlatan yg masih dapat dilihat di dalam kapal korek tersebut.


Bahagian untuk mengorek bijih timah di dasar tasik.

Bahagian belakang kapal korek.
Peralatan lama,mesin menggelek getah keping.
'Basikal tua' yang boleh dilihat di dalam bilik pameran berhampiran kapal korek.Di dalam bilik ini banyak maklumat penting sejarah berkaitan dengan kapal korek dan hasil bijih timah yang terdapat di Perak dari mula ia beroperasi sehingga perkhidmatannya di tamatkan.

Tuesday, May 31, 2011

Stadium Ipoh.

20/5/11-Stadium Ipoh,SK.Buntong telah menghantar wakil pelajar seramai 15 orang dan guru pengiring seramai 5 orang (En.Elanggova GPK1,En.Rabinder Singh,En.Sugumaran,En.Quah dan aku sendiri) bagi meraikan majlis perasmian MSSM peringkat kebangsaan yang telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri YB.Tan Sri Muhyidin Yasin.Setiap pelajar membawa sebuah tanglung.

Pada majlis kali ini satu rekod telah tercatat di dalam Malaysia Book of Record di mana nyalaan tanglung paling banyak secara serentak.

Kontijen dari negeri Perak.


Selesai Tan Sri Muhyidin Yasin merasmikan majlis,stadium gelap gelita,hanya lampu dari tanglung sahaja yang menyala.Memang cantik sangat.

Akhir sekali acara pertunjukan bung api,lebih kurang 10 minit acara berlangsung.

Monday, May 16, 2011

Sambutan Hari Guru 2011

16 Mei 2011 seperti tahun-tahun lepas - sambutan Hari Guru.Pada tahun ini aku menyambutnya di sekolah yang baru.Selamat Hari Guru diucapkan buat guru-guru yang pernah mengajar selama ini,tidak kira dimana anda berada (SK.Bagan Baharu,Selama Perak,SM.Dato' Hj.Hussein,Selama Perak,Sek.Men.Sains Teluk Intan Perak,Maktab Perguruan Sultan Abd. Halim.Sg.Petani Kedah,UPM dan SK.Dato' Abu Bakar baginda,Sepang Selangor) .Kepada yang telah menghantar sms,terima kasih diucapkan.Dalam banyak-banyak sms,salah satu daripadanya adalah berbunyi...

" Jadilah seorang guru yang hadirnya di TUNGGU,hilangnya di RINDU,Ilmunya diBURU,nasihatnya di SERU,tingkahlakunya di TIRU....Selamat Hari Guru ".


Kek yang disumbangkan oleh Kelab Guru & Pekerja (Kelab Kristal).



Persembahan dari kumpulan 4 yang diketuai oleh Cikgu Quah.



Penonton dari kelas Prasekolah yang sedang menyaksikan guru-guru melakukan aktiviti sukaneka.



Bersama anak murid dari Tahun 5 Bestari.


Antara hadiah yang diterima daripada pelajar pada tahun ini.Terima kasih kepada semua...

Friday, May 6, 2011

Durian Batu Kurau...

2/5/11-Isnin,on the way nak balik ke Ipoh kitorang singgah sekejap di Kg.Air Hitam,Jelai,Batu Kurau Taiping untuk mencari dan makan buah durian yang memang terkenal sehingga ada masuk dalam Majalah 3 (hujung bulan April).Cari punya cari akhirnya sehingga hujung jalan jumpa la tempat diorang kumpulkan buah-buah durian sebelum di bawa jual ke tempat-tempat lain.Bila timbang...sebiji RM15 bang!....nak makan punya pasal,beli la juga....anak-anak dah tak sabar nak makan.nasib baik isinya kuning....dan rasanya memang power!....



Makan buah durian di tepi jeram sungai yang memang sejuk dan mendamaikan...

Khairina memang tak akan lepas peluang makan buah durian....


Irham pun memang suka makan buah durian,kalau ada sebiji....sebiji boleh habis dia sorang.
Lepas makan buah durian,masukkan air ke dalam bekas tempat buah durian tadi dan minum airnya (petua orang tua-tua supaya badan tak panas).



Lepas puas makan durian,kitorang lepak sekejap di tepi sungai yang memang merupakan tempat orang berkelah dan mandi manda di kampung tersebut.Airnya memang jernih dan sejuk,betul-betul air dari gunung.

Hadiah istimewa...

30/4/11-Sabtu tengah hari on the way nak balik kampung sempena cuti Hari Pekerja,kitorang singgah sekejap di Bukit Chandan Kuala Kangsar untuk bertemu Kak Puteri (kawan satu sekolah dgn wife masa di Putrajaya P8(1) ) dan suami Abg.Mie yang baru pulang ke tanah air setelah berada di USA selama 3 tahun kerana bertugas dengan JPA.Lama juga kitorang bersembang dan yang paling best bila diorang cerita pasal kehidupan di USA.Selama diorang berada di sana kitorang memang saling bertanya khabar melalui email dan skype.


Bila dah nak balik,terkejut aku dibuatnya bila diorang hadiahkan buat aku sehelai baju t-shirt 'Harley Davidson' yang dibeli khas di USA (walaupun made in Mexico).Teruja betul....sebelum ni memang ada tanya pasal bab t-shirt ni masa diorang ada di USA,saje je tanya....dan rasanya memang mahal kalau yang 'ori' so aku pun ada la beli sehelai di Bangi (made in Malaysia) masa tinggal di Putrajaya.Itulah yang dikatakan rezeki...tak sangka aku kak Puteri dan Abg.Mie hadiahkan kepada aku yang dibeli khas di USA....terima kasih daun keladi...

Friday, April 15, 2011

Outdoor Ipoh 1.

Stesen Keretapi Besar Ipoh.Bangunannya cantik dan berseni,sesuai untuk sesi fotografi terutama kepada pengantin.

Pintu utama.

Dalam bangunan.
Hadapan pintu utama.

Outdoor Ipoh 2.

14/4/11-Khamis petang,selepas balik dari sekolah tak tau nak buat apa,fikir punya fikir...ambil kamera,naik motor terus ke pekan Ipoh.Sambil lepak-lepak di stesen keretapi besar Ipoh,terpandang bangunan Majlis Bandaraya Ipoh,setentang dengan stesen keretapi...apa lagi terus ambil beberapa keping gambar.Lepas ni boleh la buat gambar outdoor untuk sesiapa berminat terutama untuk pengantin.



Sunday, April 10, 2011

Warisan Kapal Korek

10/4/11-Ahad,hari ni bercadang nak pergi melawat ke Warisan Kapal Korek Bijih Timah yang terletak di Batu Gajah.Lebih kurang jam 5.50 ptg kitorang sampai di tempat tersebut setelah bertanya salah seorang pekedai di pekan Batu Gajah.Lebih kurang 5 km dari pekan Batu Gajah sampailah kitorang di tempat tersebut di dalam keadaan hujan.

Nasib kitorang hari ni tak berapa baik kerana bila sampai je,masa melawat telah hampir tamat iaitu jam 6.00 petang,so kitorang dah tak boleh masuk melawat (masa melawat 8.00 pg - 6.00 ptg,dewasa RM5,kanak-kanak RM3).Terpaksalah tangguh di hari lain.Selama ini memang tak pernah langsung melihat secara dekat kapal korek,hanya lihat di dalam buku teks Geografi sahaja masa belajar dulu.Kini bila dah berada dekat dengan tempatnya,terus ambil keputusan untuk melawatnya bersama anak-anak untuk menambah pengetahuan.


Dah takde rezeki hari ni,so untuk menyedapkan hati aku ambil la juga beberapa keping gambar kapal korek dari jauh yang kebetulan ada jalan di tepi kawasan tersebut,walaupun agak jauh tapi aku puas sebab dapat ambil gambar kapal korek yang menjadi kebanggaan rakyat negeri Perak suatu ketika dulu.

Sunday, April 3, 2011

Gunung Lang,Ipoh.

3/4/11-Ahad petang,on the way dari Tambun nak balik ke Jelapang,kitorang singgah sekejap di Taman Rekreasi Gunung Lang,tepi highway PLUS Utara Selatan,exit Ipoh.Kawasannya memang cantik dan merupakan antara kawasan tercantik di area Ipoh.Sangat sesuai untuk ambil gambar outdoor bagi majlis perkahwinan.Kitorang ke sini pun kira nak cari idea untuk ambil gambar outdoor nanti.

Ada air terjun. Ada bot yang boleh disewa.
Aktiviti biasa bila di depan kamera.


Bertemu rakan semaktab dan rakan sekelas (MT/PJK) Mohd Razif,isteri dan anak-anak,sekarang mengajar dalam daerah yang sama,Kinta Utara.




Khairina pun sekarang pantang suruh bergaya depan kamera,mesti tak lepas peluang punya.

Kepada yang berminat untuk buat outdoor di Gunung Lang Ipoh,boleh contact saya.

Bengkel Fotografi

Bengkel Fotografi

KURSUS STUDIO

KURSUS STUDIO
ALOR SETAR 16-18 DIS 2009

GUNUNG KINABALU 1

GUNUNG KINABALU 1
12 SEPT.1998

GUNUNG KINABALU 2

GUNUNG KINABALU 2
12 SEPT.1998

GUNUNG KINABALU 3

GUNUNG KINABALU 3
11 SEPT.1998