Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru

Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru
Kepada pelawat semua,blog yang berkaitan dengan fotografi dari blog ini,telah bertukar ke blog yang baru.Sila klik:

Friday, May 28, 2010

Pertandingan Bowling.

26/5/10-Satu pertandingan bowling antara guru-guru SKDABB sempena sambutan Hari Guru 2010 telah diadakan di Alamanda Putrajaya.Sebanyak 8 kumpulan telah berentap dalam pertandingan tersebut dan rata-rata mutu permainan semakin baik berbanding tahun lepas dalam acara yang sama dan di tempat yang sama.Sekalung tahniah buat GPK1 Pn.Hjh.Handon yang turut sama dalam pertandingan tersebut,walaupun baru pertama kali menyertai program ini sebanyak 2 kali berjaya melakukan 'balingan lengkap'.Pertandingan bermula jam 3.00 petang dan berakhir jam 5.00 petang.
Inilah dia kumpulan yang menjadi johan keseluruhan,Kumpulan Hoha-Hoha dengan balingan terkumpul sebanyak 867 mata.Ahli kumpulan terdiri daripada Cikgu Ismail,Ustazah Farizah,Cikgu Ismail,Cikgu Masliza & Teacher Juliana.

Kumpulan 'Anti Virus' telah berjaya menduduki tempat kedua dengan jumlah balingan terkumpul sebanyak 824 mata.Ahli kumpulan terdiri daripada Cikgu Manap,Ustazah Aisyah,Pn.Hjh.Handon dan Ustaz Marzuki (suami ustazah Aisyah).

p/s: Tahniah kepada yang berjaya,yang tidak berjaya cuba lagi di tahun hadapan...

Sambutan Hari Guru 2010.

21/5/10-Jumaat,Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan dengan begitu meriah sekali.Pelbagai aktiviti telah disusun bagi menjadikan sambutan pada tahun ini agak lebih bermakna.Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku,Kami Guru Malaysia dan Guru Pembina Negara Bangsa.Selesai acara nyanyian acara explorace pun berjalan.Pelbagai aksi guru-guru dapat dilihat pada acara tersebut dan sesungguhnya sikap bekerjasama di antara guru-guru yang terlibat memang tidak dapat dinafikan.Acara explorace dimulai dengan acara menyiapkan 'puzzle',kemudian acara mencari buah kelapa sebanyak 4 biji yang telah disembunyikan,mengopek buah kelapa tersebut dan memarut buah kelapa tersebut dengan menggunakan pengukur kelapa tradisional.Setelah siap memarut kelapa,santannya diambil dan perlu dibuat cendol seterusnya menghabiskan cendol tesebut.Acara seterusnya ialah persembahan dari guru-guru mengikut kumpulan iaitu warna ungu,hijau,oren dan meron.Selepas acara persembahan,acara pertukaran hadiah dan akhir sekali adalah jamuan.Sesungguhnya sambutan pada tahun ini memang meriah....

Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru 2010.


" Kejayaan setiap manusia
sering dilihat dan diceritakan
Namun yang pasti di belakang mereka
adalah kisah guru yang berjasa
Melimpahkan ilmu dan nilai yang kaya
Sentiasa berdaya dan berhati waja
membangunkan nusa bangsa
Demi cinta,demi manusia,demi agama
Cukuplah dengan membayangkan wajahmu
dipersada dunia..."
Dipetik daripada ucapan sempena Hari Guru oleh Bank Rakyat di Mingguan Malaysia,Ahad 16 Mei 2010; m/s:13.

Thursday, May 6, 2010

KLIA

3/5/10-Lepas solat maghrib kitorang ke KLIA,hantar Paksu Epy yang akan berangkat ke Dubai jam 11 malam di atas urusan kerja dan akan berada di sana selama seminggu.Dengar nak ke KLIA je...riuh rendah diorang semua,perkataan pertama yang terlintas di mulut Amar dan Irham ialah taman permainan di KLIA yang berbentuk kapal terbang.Lepas Paksu check-in,terus diorang ke taman permainan yg terletak di hadapan KFC.Jenuh juga la nak tunggu sampai diorang puas bermain.Bila dah puas bermain,masuk je kereta terus tidur semua.

Sahabat lama...

1/5/10-Sabtu pagi di kedai roti canai sebelah sekolah,perjumpaan dengan member lama.Dua orang bekas pelajar MPI Bangi (sekarang dah pun jadi ustaz,sorang di Perak dan sorang lagi di Kedah).Sebelum ni Ustaz Amir (kiri) dan Ustaz Haris (kanan) pernah buat praktikum akhir di SKDABB,so lepas posting sampai sekarang kitorang masih berhubung secara terus atau pun secara online.Banyak ilmu yang dapat dipelajari dari diorang dari zaman kitorang bujang sampai dah kahwin.Kalau nak tengok cerita mengenai Ustaz Amir boleh klik : http://madihah02majidah03.blogspot.com/

Tuesday, May 4, 2010

Al-Fatihah

1/5/10-Rakan 'semaktab' semasa di Maktab Perguruan Sultan Abd.Halim Sg.Petani Kedah,Zaki Rahmat (Kelas A-PM/KH-nombor 2 dari kiri barisan tengah) telah kembali ke rahmatullah pada 1/5/10 malam di Johor.Beliau juga merupakan rakan se'exco'.Takziah buat keluarga beliau.Untuk maklumat lanjut sila klik: http://mpsah2u.blogspot.com/

Bengkel Fotografi

Bengkel Fotografi

KURSUS STUDIO

KURSUS STUDIO
ALOR SETAR 16-18 DIS 2009

GUNUNG KINABALU 1

GUNUNG KINABALU 1
12 SEPT.1998

GUNUNG KINABALU 2

GUNUNG KINABALU 2
12 SEPT.1998

GUNUNG KINABALU 3

GUNUNG KINABALU 3
11 SEPT.1998