Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru

Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru
Kepada pelawat semua,blog yang berkaitan dengan fotografi dari blog ini,telah bertukar ke blog yang baru.Sila klik:

Friday, May 28, 2010

Pertandingan Bowling.

26/5/10-Satu pertandingan bowling antara guru-guru SKDABB sempena sambutan Hari Guru 2010 telah diadakan di Alamanda Putrajaya.Sebanyak 8 kumpulan telah berentap dalam pertandingan tersebut dan rata-rata mutu permainan semakin baik berbanding tahun lepas dalam acara yang sama dan di tempat yang sama.Sekalung tahniah buat GPK1 Pn.Hjh.Handon yang turut sama dalam pertandingan tersebut,walaupun baru pertama kali menyertai program ini sebanyak 2 kali berjaya melakukan 'balingan lengkap'.Pertandingan bermula jam 3.00 petang dan berakhir jam 5.00 petang.
Inilah dia kumpulan yang menjadi johan keseluruhan,Kumpulan Hoha-Hoha dengan balingan terkumpul sebanyak 867 mata.Ahli kumpulan terdiri daripada Cikgu Ismail,Ustazah Farizah,Cikgu Ismail,Cikgu Masliza & Teacher Juliana.

Kumpulan 'Anti Virus' telah berjaya menduduki tempat kedua dengan jumlah balingan terkumpul sebanyak 824 mata.Ahli kumpulan terdiri daripada Cikgu Manap,Ustazah Aisyah,Pn.Hjh.Handon dan Ustaz Marzuki (suami ustazah Aisyah).

p/s: Tahniah kepada yang berjaya,yang tidak berjaya cuba lagi di tahun hadapan...

Sambutan Hari Guru 2010.

21/5/10-Jumaat,Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan dengan begitu meriah sekali.Pelbagai aktiviti telah disusun bagi menjadikan sambutan pada tahun ini agak lebih bermakna.Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku,Kami Guru Malaysia dan Guru Pembina Negara Bangsa.Selesai acara nyanyian acara explorace pun berjalan.Pelbagai aksi guru-guru dapat dilihat pada acara tersebut dan sesungguhnya sikap bekerjasama di antara guru-guru yang terlibat memang tidak dapat dinafikan.Acara explorace dimulai dengan acara menyiapkan 'puzzle',kemudian acara mencari buah kelapa sebanyak 4 biji yang telah disembunyikan,mengopek buah kelapa tersebut dan memarut buah kelapa tersebut dengan menggunakan pengukur kelapa tradisional.Setelah siap memarut kelapa,santannya diambil dan perlu dibuat cendol seterusnya menghabiskan cendol tesebut.Acara seterusnya ialah persembahan dari guru-guru mengikut kumpulan iaitu warna ungu,hijau,oren dan meron.Selepas acara persembahan,acara pertukaran hadiah dan akhir sekali adalah jamuan.Sesungguhnya sambutan pada tahun ini memang meriah....

Bengkel Fotografi

Bengkel Fotografi

KURSUS STUDIO

KURSUS STUDIO
ALOR SETAR 16-18 DIS 2009

GUNUNG KINABALU 1

GUNUNG KINABALU 1
12 SEPT.1998

GUNUNG KINABALU 2

GUNUNG KINABALU 2
12 SEPT.1998

GUNUNG KINABALU 3

GUNUNG KINABALU 3
11 SEPT.1998