Iklan

Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru

Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru
Kepada pelawat semua,blog yang berkaitan dengan fotografi dari blog ini,telah bertukar ke blog yang baru.Sila klik:

Sunday, December 27, 2009

Kursus Fotografi.

16/12/09-Istana Anak Bukit,Alor Setar.Bersama dengan sepupu 'Elo'.Pergi kesana pun sebenarnya ada kursus fotografi,so ambil kesempatan untuk bersiar-siar sekitar Alor Setar pada waktu malam.Selama 2 malam tumpang tidur di rumah Elo di Alor Janggus.
p/s: Buat Elo & Ija,terima kasih daun keladi.





Melancong ke Penang.

7/12/09-Tibalah masanya kitorang makan angin ke Penang.Memang dah lama rancang tapi ada saja halangan.Kitorang pergi naik feri dan balik naik jambatan.Feri sekarang cantik-cantik,jauh beza dari dahulu.Kitorang tidur di TM Resort,Tanjung Bungah selama 3 hari 2 malam.masih rasa tak puas berjalan,kitorang sempat melawat Taman Rama-Rama di Teluk Bahang,Kebun Bunga (Water Fall),KOMTAR,Bukit Bendera,Masjid Negeri,Pesta Sungai Nibong,Lorong Kulit (tepi stadium) dan ke rumah Pak Ban (keluarga angkat Wan-masa mula-mula posting di Penang,Bukit Dumbar Jelutong) dan yang paling penting makan nasi kandar tepi KOMTAR berhadapan dengan GAMA.

Chalet Azli Bani.

1/12/09-Setelah hampir 10 tahun tidak bertemu (sekadar berhubung melalui sms & email) akhirnya dapat juga kami bertemu semula 'geng rumah bujang-Sek.Men.Serdang,Kedah'.Sebenarnya ini adalah idea drp Rosli (Pensyarah IPDA) untuk ke rumah aku di Selama Perak,memandangkan pada waktu tersebut musim durian,tercetus la idea untuk ke chalet Azli ( De' Aura Campsite ) berhampiran rumah mertua Azli Bani di Air Hitam,Jelai Batu Kurau.Keesokan harinya 2/12/09 sorang lagi ahli geng rumah bujang iaitu Anur sanggup datang dari Kulim,semata-mata untuk bertemu kitorang.Tempatnya memang best,betul-betul di tepi gunung dan air terjun.Puas la kitorang makan buah durian sambil mandi air terjun.Makan tengahari dengan lauk ikan keli yg Azli bela.Chalet ni boleh disewa dengan harga RM 100 semalam,siap ada dapur lagi.
p/s: Kepada Azli (berbaju hijau),terima kasih daun keladi,tahun depan kitorang datang lagi.Tahun depan mungkin Abah @ Kamal akan joint sekali.




Jeti Tanjung Dawai,Yan Kedah.

Selepas puas pusing satu maktab,kitorang terus pergi ke Tanjung Dawai.Banyak juga perubahan yg telah dibuat.Kitorang masih lagi dapat melihat pemandangan yg cantik Pantai Merdeka yg dapat dilihat terus dari Tanjung Dawai seperti yg terdapat dalam lirik lagu kumpulan Tropika-Cinta di Pantai Merdeka. Paling penting di sini ialah kitorang mesti pekena air laici-kang dan laksa Tanjung Dawai.Memang sedap dan rasanya masih tak berubah seperti 10 tahun yg lalu.Lepas makan kitorang cari ikan kering yg banyak dijual di bahagian atas gerai yg kitorang makan tadi,memang rambang mata habis....

MPSAH dalam kenangan.

Inilah dia bilik yang aku menginap selama berada di MPSAH ( 3 tahun ).Bilik F125 blok F,tinggal bersama Zabri b.Zainol Abidin dari Pokok Sena Kedah.Bagi aku bilik ni memang best la (pada tahun '96-'99).Tapi sayang hari yang aku datang melawat ke blok ni,penghuninya tak buka pun pintu bilik,puas anak aku ketuk!....

MPSAH dalam kenangan.

Inilah dia gerai yg kitorang selalu makan masa belajar di maktab dulu.Kedai abg.Fauzi (lebih dikenali sebagai abg.baju merah). Bila lalu Sg.Petani je,mesti kitorang akan singgah kedai ni utk pekena ikan bakar 'cicah' air asam. Peh!,memang power...Dah hampir 10 tahun,abg.Fauzi masih ingat lagi nama aku....

MPSAH dalam kenangan.

10/12/09-Berkesempatan untuk melawat semula Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim,Sg.Petani Kedah (sekarang dikenali Institut Perguruan).Sebenarnya kitorang nak pergi ke Tanjung Dawai,so sampai depan maktab dah tengahari,pekena nasi depan maktab.Banyak perubahan yang telah berlaku di maktab.

Bengkel Fotografi

Bengkel Fotografi

KURSUS STUDIO

KURSUS STUDIO
ALOR SETAR 16-18 DIS 2009

GUNUNG KINABALU 1

GUNUNG KINABALU 1
12 SEPT.1998

GUNUNG KINABALU 2

GUNUNG KINABALU 2
12 SEPT.1998

GUNUNG KINABALU 3

GUNUNG KINABALU 3
11 SEPT.1998