Iklan

Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru

Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru
Kepada pelawat semua,blog yang berkaitan dengan fotografi dari blog ini,telah bertukar ke blog yang baru.Sila klik:

Monday, December 28, 2009

Kellie's Castle

Kellie's Castle,terletak berhampiran Batu Gajah Perak.Tempatnya cantik,merupakan istana lama yang tidak sempat siap,tinggalan masa zaman penjajahan British.Jika nak dibandingkan dengan zaman tersebut,sesungguhnya banggunan ini memang hebat buatannya.

Bapa saudara.

19/12/09-Dalam perjalanan balik dari Alor Setar,sempat singgah di rumah sepupu-Cikgu Khuzaimah di Simpang,Taiping,mengajar di SK.Simpang Taiping.Sebenarnya untuk melawat baby baru...perempuan,tinggal bersama beliau adalah adalah ayahnya-Pak Ndak Omar (seorang pelukis handalan-lukisan di belakang kitorang tu dia yang lukis...).
p/s: Tahniah juga buat Intan yang juga baru menimang cahaya mata lelaki di Padang Rengas,Perak.

Zoo Taiping.

13/12/09-Dalam perjalanan nak balik ke Ipoh dari Selama sempat lagi kitorang singgap di Zoo Taiping.Amar & Irham nak sangat tengok buaya dan gajah.Penat juga dibuatnya berjalan satu zoo,luas...puas la diorang tengok binatang sampaikan tak nak balik.

Kamal @ Abah.

Alhamdulillah akhirnya dapat juga bertemu dengan Kamal @ Abah setelah hampir 9 tahun tak bertemu (sekadar sms & telefon sahaja).Sebenarnya selepas melawat Istana Anak Bukit,kitorang terus mencari rumah Abah,kira ingat-ingat lupa...rumahnya terletak betul-betul depan SK.Titi Gajah,Alor Setar,puas juga bagi salam rupanya betul (itu pun setelah puas bertanya orang).Terkejut betul Abah bila tengok kitorang berdiri depan pintu rumahnya tengah malam.Lepas tu rancak la kitorang bersembang,sampaikan isteri Elo call,apasal tak balik-balik lagi....

Sunday, December 27, 2009

Kursus Fotografi.

16/12/09-Istana Anak Bukit,Alor Setar.Bersama dengan sepupu 'Elo'.Pergi kesana pun sebenarnya ada kursus fotografi,so ambil kesempatan untuk bersiar-siar sekitar Alor Setar pada waktu malam.Selama 2 malam tumpang tidur di rumah Elo di Alor Janggus.
p/s: Buat Elo & Ija,terima kasih daun keladi.





Melancong ke Penang.

7/12/09-Tibalah masanya kitorang makan angin ke Penang.Memang dah lama rancang tapi ada saja halangan.Kitorang pergi naik feri dan balik naik jambatan.Feri sekarang cantik-cantik,jauh beza dari dahulu.Kitorang tidur di TM Resort,Tanjung Bungah selama 3 hari 2 malam.masih rasa tak puas berjalan,kitorang sempat melawat Taman Rama-Rama di Teluk Bahang,Kebun Bunga (Water Fall),KOMTAR,Bukit Bendera,Masjid Negeri,Pesta Sungai Nibong,Lorong Kulit (tepi stadium) dan ke rumah Pak Ban (keluarga angkat Wan-masa mula-mula posting di Penang,Bukit Dumbar Jelutong) dan yang paling penting makan nasi kandar tepi KOMTAR berhadapan dengan GAMA.

Chalet Azli Bani.

1/12/09-Setelah hampir 10 tahun tidak bertemu (sekadar berhubung melalui sms & email) akhirnya dapat juga kami bertemu semula 'geng rumah bujang-Sek.Men.Serdang,Kedah'.Sebenarnya ini adalah idea drp Rosli (Pensyarah IPDA) untuk ke rumah aku di Selama Perak,memandangkan pada waktu tersebut musim durian,tercetus la idea untuk ke chalet Azli ( De' Aura Campsite ) berhampiran rumah mertua Azli Bani di Air Hitam,Jelai Batu Kurau.Keesokan harinya 2/12/09 sorang lagi ahli geng rumah bujang iaitu Anur sanggup datang dari Kulim,semata-mata untuk bertemu kitorang.Tempatnya memang best,betul-betul di tepi gunung dan air terjun.Puas la kitorang makan buah durian sambil mandi air terjun.Makan tengahari dengan lauk ikan keli yg Azli bela.Chalet ni boleh disewa dengan harga RM 100 semalam,siap ada dapur lagi.
p/s: Kepada Azli (berbaju hijau),terima kasih daun keladi,tahun depan kitorang datang lagi.Tahun depan mungkin Abah @ Kamal akan joint sekali.




Jeti Tanjung Dawai,Yan Kedah.

Selepas puas pusing satu maktab,kitorang terus pergi ke Tanjung Dawai.Banyak juga perubahan yg telah dibuat.Kitorang masih lagi dapat melihat pemandangan yg cantik Pantai Merdeka yg dapat dilihat terus dari Tanjung Dawai seperti yg terdapat dalam lirik lagu kumpulan Tropika-Cinta di Pantai Merdeka. Paling penting di sini ialah kitorang mesti pekena air laici-kang dan laksa Tanjung Dawai.Memang sedap dan rasanya masih tak berubah seperti 10 tahun yg lalu.Lepas makan kitorang cari ikan kering yg banyak dijual di bahagian atas gerai yg kitorang makan tadi,memang rambang mata habis....

MPSAH dalam kenangan.

Inilah dia bilik yang aku menginap selama berada di MPSAH ( 3 tahun ).Bilik F125 blok F,tinggal bersama Zabri b.Zainol Abidin dari Pokok Sena Kedah.Bagi aku bilik ni memang best la (pada tahun '96-'99).Tapi sayang hari yang aku datang melawat ke blok ni,penghuninya tak buka pun pintu bilik,puas anak aku ketuk!....

MPSAH dalam kenangan.

Inilah dia gerai yg kitorang selalu makan masa belajar di maktab dulu.Kedai abg.Fauzi (lebih dikenali sebagai abg.baju merah). Bila lalu Sg.Petani je,mesti kitorang akan singgah kedai ni utk pekena ikan bakar 'cicah' air asam. Peh!,memang power...Dah hampir 10 tahun,abg.Fauzi masih ingat lagi nama aku....

MPSAH dalam kenangan.

10/12/09-Berkesempatan untuk melawat semula Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim,Sg.Petani Kedah (sekarang dikenali Institut Perguruan).Sebenarnya kitorang nak pergi ke Tanjung Dawai,so sampai depan maktab dah tengahari,pekena nasi depan maktab.Banyak perubahan yang telah berlaku di maktab.

Tuesday, November 24, 2009

Birthday Rina...

18/11/09-Hari ulangtahun yang pertama buat Nur Khairina.Kitorang sambut di Dataran Masjid Putra.Jemput Paksu dan Rosni je untuk joint sekali.

Tuesday, November 17, 2009

Lawatan ke Petrosains KLCC.

Selepas membuat lawatan ke kilang roti Hi-5 di Shah Alam,kitorang terus ke KLCC.Lawatan kali ini ke Petrosains di tingkat 4.Sempat la naik simulator helikopter,teringat masa naik kapal terbang Air Asia bulan Jun yang lepas ke Sabah.Budak-budak jangan cerita la,riuh rendah dibuatnya...

Lawatan ke kilang roti Hi-5.

17/11/09-Pengawas Pusat Sumber dan Kelab Usahawan SKDABB telah membuat lawatan sambil belajar ke kilang roti Hi-5 di Shah Alam.Guru pengiring bagi lawatan kali ini terdiri daripada Pn.Meslina,Pn.Zuria,Pn.Huraini,En.Mat Rozi,En.Abd.Ghani dan En.Abd.Manap.

Saturday, November 14, 2009

Hobi baru...

14/11/09-Ikan kelisa,ikan yg diidam-idamkan selama ini dan alhamdulillah pada hari ini berjaya juga aku memeliharanya.Ikan ini dibeli di kedai ikan di pekan Dengkil.Bila masukkan ke dalam akuarium je,kilauan di badannya...fuh! cantik!....

Sunday, November 8, 2009

Mandi sungai lagi

7/11/09-Perkhemahan motivasi SK.Putrajaya 8(1)-sekolah Umi,telah diadakan di Kem Rimba Alam di Sg.Congkak untuk murid-murid tahun 5.Seramai 80 rang pelajar telah mengikuti kem ini.Sementara diorang buat aktiviti sempat lagi kitorang pergi mandi sungai di Kg.Pangsun lebih kurang 3 km dari Sg.Congkak.Airnya fuh!....memang sejuk dan segar.

Wednesday, November 4, 2009

Dusun Durian.

1/11/09-Dusun durian di Kg.Kota Raja Bersiong,Ijok Perak.Kesempatan ke dusun durian semasa balik kampung untuk melawat Pak Su Silah yang telah meninggal pada 31/10/09 telah digunakan sebaik mungkin oleh Irham dan Amar untuk mengutip buah durian.Kitorang pergi ke dusun pada pagi Ahad 1/11/09,puas la kitorang makan buah durian...tengaharinya kitorang terus ke Tambun Ipoh dan 8.30 malam kitorang terus bertolak balik ke Putrajaya.

Sunday, October 18, 2009

Selamat Hari Lahir...

18/10/09-Masjid Putra,Putrajaya-Sambutan hari lahir Amar yg ke-7,sepatutnya dibuat pada 15/10/09 memandangkan pada tarikh tersebut kitorang semua sibuk sangat hal sekolah disamping Irham pun baru je sihat,terpaksa ditunda dan hari ni bertempat di tepi dataran Masjid Putra,Amar dapat la potong kek seperti yg dihajatinya sebulan sebelum ini.Nak dijadikan cerita,Irham pun sibuk sama nak potong kek Amar(sama seperti tahun-tahun lepas),last sekali mengamuk...habis kek rosak!...frust Amar,takpe la Amar lain kali Irham dah besar sikit dia faham la...Selamat hari lahir Amar yg ke-7 dari Abah,Umi,Am & Rina.

Wednesday, September 30, 2009

Bunga api...

Selepas penat seharian,dari kampung di Selama ke rumah Yong di Kuala Kangsar,terus ke rumah Kak Dah,bersambung ke rumah Nyah Wan dan akhirnya baru dapat balik ke Tambun.Apa lagi malam tu geng bebudak semuanya main bunga api yang telah disponsor oleh Ayah Lang (Wan Ismail).

Jamuan Raya 2

Selepas beraya di rumah Kak Dah,kitorang ke rumah Nyah Wan pula di Tanjung Rambutan bagi menghadiri rumah terbuka beliau khas untuk sedara dari Tambun.

Jamuan Raya.

25/9/09- Raya yang ke-6,Kak Dah buat rumah terbuka khusus untuk sedara dari Tambun.

Selamat Hari Raya 3

Jamuan hari raya di rumah Mak Da.Nasi ayam di pagi raya...power beb!...

Selamat Hari Raya 2

Gambar bersama keluarga Yong Azizah.

Selamat Hari Raya

20/9/09-Hari Raya Aidilfitri.Kali ni beraya di Batu 5 Tambun,Ipoh.Suasana tahun ni agak muram kerana 'ketiadaan' Yob Mahir yang telah pulang ke rahmatullah seminggu sebelum puasa.Tahun ni kitorang beraya dengan kehadiran Nur Khairina.

Monday, September 7, 2009

Masjid Sultan Mizan - Putrajaya

7/9/09 - sempena cuti Nuzul Quran bagi negeri Selangor,sempat la aku merayau-rayau sekitar Putrajaya.Salah satu tempat yg aku singgah ialah di Masjid Sultan Mizan,Putrajaya.Masjid ini merupakan masjid yg ke-2 di Putrajaya.Jika mengikut jumlah kapasiti jemaah,masjid ini merupakan yg terbesar berbanding dengan Masjid Putra,Putrajaya.Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Besi,memandangkan bahan-bahannya majoriti terdiri drp besi keluli.Begitu cantik sekali senibinanya.Sistem penyejukan dalam masjid ini menggunakan sumber air dari tasik yg terdapat di tepi masjid ini.Suasana di dalam masjid begitu sejuk seolah-olah adanya pendingin hawa,hakikatnya tiada.Hebat sungguh.

Selamat Hari Lahir...

Pada 1/9/09 yang lalu genaplah usia umi yg ke-34.Selamat hari lahir kami semua ucapkan.Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki.Sambutan kali ini secara sederhana sahaja,memandangkan ianya jatuh pada bulan ramadhan.Kali ini kitorang sambut di Rimbun Cafe di Dengkil,milik Pn.Zaida & suami (member sekerja).Menu utama ikan siakap 3 rasa.
Ikhlas dr: Abah,amar,Irham & Rina.

Monday, August 31, 2009

Kuala Kangsar.

Selepas menunaikan solat zohor,kitorang pergi melawat Muzium Diraja Perak yang terletak lebih kurang 1 km dari Masjid Ubudiah.Muzium ini merupakan bekas istana lama Perak yang telah dipelihara dengan begitu baik sekali.Di dalamnya terdapat pelbagai koleksi barangan di raja Perak.Istana Perak sekarang terletak tidak berapa jauh dari Muzium ini.

Kuala Kangsar.

pada 29/8/09 semasa dalam perjalanan untuk balik ke Ipoh,kitorang sempat singgah di Masjid Ubudiah,Kuala Kangsar.Masjid Ubudiah merupakan antara masjid yang tercantik di Malaysia.

Sahabat lama yg terpisah...

Pada 29/8/09 akhirnya bertemu semula aku dengan member lama yg agak lama terpisah.Member lama yg aku maksudkan adalah Cikgu Azli Bani yang sama-sama mengajar di SM.Serdang Kedah pada tahun 1996 sebelum aku masuk ke maktab.Kali terkahir aku jumpa Azli rasa-rasanya 6 tahun yg lepas,selepas itu kitorang hanya berhubung melalui telefon sahaja.Pada 29/8 di Taman Tasik Taiping dapatlah kitorang bertemu semula dan kelihatan Azli agak kurus berbanding 6 tahun yg lalu.
p/s: Li,kalau dusun durian berbuah,call la aku...

Konvo Umi.

Pada 11/8/09 telah berlangsung majlis konvokesyen UPM yang ke-33.Kali ini giliran Umi pula naik ke atas pentas menerima ijazah Sarjana Muda Bahasa & Linguistik Melayu.
p/s: Tahniah drp Abah,Amar,Irham & Khairina.

Monday, July 13, 2009

Ujian memandu

Beginilah suasana dilitar semasa ujian memandu dijalankan.Aku adalah orang yang terakhir sekali diuji,mungkin kerana aku sorang je yang ambil B Full pada hari tersebut,dan aku adalah orang yang ke-45 menduduki uijian memandu.Nasib baik lulus.

Lesen B Full

Pada 12/6/09 yang lalu aku telah menjalani ujian memandu utk lesen B Full,dan alhamdulillah aku telah pun lulus dalam ujian tersebut.Ujian tersebut telah dijalankan di Sekolah Memandu SekTow,Pekan Tambun,Ipoh.Inilah dia motor Virago yg aku gunakan untuk belajar serta menduduki ujian memandu-ADJ 5871

Wednesday, July 1, 2009

Lawatan ke Sabah.

Pada 19-21/6/09 beberapa orang guru dari SKDABB telah mengadakan satu lawatan ke Sabah.(Pn.Guru Besar & suami,GPK1 & suami,GPK HEM,En.Manap & keluarga, En.Idris & keluarga,Pn.Zaida & keluarga,Pn.Farizah,Pn.Mardhiah & keluarga,Pn.Juridah,Pn.Norwati dan Pn.Halimah & suami).Projek ini di namakan Rombongan-Cheda.Projek lawatan ini sebenarnya telah lama dirancang dan lawatan ini merupakan lawatan yang pertama bagi ahli Rombongan-Cheda.Beberapa tempat yg menarik telah kami lawati,antaranya ialah Hot Spring di Poring,Kundasang dan yang paling penting ialah di kaki Gunung Kinabalu.
Untuk maklumat lanjut sila lawat : http://rombongan-cheda.blogspot.com

Lawatan ke Sabah.

Alhamdulillah pada 19-21/6 aku sekali lagi berkesempatan untuk melawat Sabah.Kali ini aku bawa isteri & anak-anak aku.Tempat yg aku bawa semestinya kaki Gunung Kinabalu.(Anak-anak begitu teruja sekali kerana mereka dapati kawasan tersebut adalah sama seperti dalam gambar yg pernah mereka lihat di rumah...).Aku juga begitu teruja kerana selepas 11 tahun aku masih berkesempatan utk melawatnya kembali.Banyak perubahan yg telah dibuat,terutama dari segi prasarana.Suasana begitu indah sekali,tak dpt nak digambarkan dengan kata-kata.InsyaAllah di lain waktu aku akan bawa isteri & anak-anak untuk bersama-sama naik ke Gunung Kinabalu.

Tuesday, June 16, 2009

Dah masuk umur 6 bulan.

Nur Khairina sekarang dah berumur 6 bulan.Alhamdulillah, perkembangannya agak baik.Sekarang dah mula mengeluarkan bunyi-bunyi asas di bibirnya.Gambar ini diambil masa cuti penggal persekolahan yg baru berlalu di bagan Baharu,Selama Perak.

Saturday, May 30, 2009

Pertandingan Bowling.

Pertandingan bowling tertutup SKDABB sempena sambutan Hari Guru '09 telah diadakan pada 28/5/09 di Alamanda,Putrajaya.Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Kelab Guru & Pekerja. Pertandingan begitu meriah sekali dimana rupanya ramai di antara guru-guru SKDABB begitu berbakat sekali dalam permainan bowling ini.Terdapat juga di antara guru-guru permainan ini merupakan permainan mereka yang pertama "seumur hidup" tetapi di dapati boleh bermain setanding dengan guru-guru yang lebih senior dalam bowling.Pertandingan ini telah dimenangi oleh kumpulan Cikgu Ismail,Zainor & Fazirul,manakala pemenang bagi kategori individu telah dimenangi oleh En.Ismail.Kumpulan "Lu Pikir La..." yang terdiri daripada Cikgu Manap,Cikgu Yazie & Cikgu Muslina hanya berjaya menduduki tempat ke-4 bagi kategori kumpulan.Untuk maklumat lanjut sila layari : http://skdabbsepang.blogspot.com

Sunday, April 5, 2009

Khairina 4 bulan.

Alhamdulillah,pada 28/3/09 Khairina dah mula dapat meniarap.Lepas ni pantang letak atas tilam je,mesti nak meniarap.

Tuesday, March 24, 2009

Pesta Belon Panas Antarabangsa,Putrajaya.

Sebelah petangnya lebih kurang pukul 5:30 ptg,kitorang pergi lagi ke tapak Pesta Belon Panas,dan kali ini dapatlah kitorang lihat sepuas-puasnya belon-belon panas dari beberapa buah negara dgn pelbagai warna dan corak.Daripada proses mengembangkan belon,terbang naik dan seterusnya terbang ke arah Masjid Putra.
Memang puas dan best sekali melihatnya dan yang pastinya ia adalah julung-julung kali di adakan di Malaysia.

Rombongan Yong-Yob ke Putrajaya.

Pada 21/3 yg lepas keluarga dari Ipoh telah bermalam di rumah kitorang di Putrajaya.Tujuan utama ke Putrajaya adalah untuk melihat Pesta Belon Panas Antarabangsa disamping makan angin "cuti-cuti Malaysia".

Taman Tasik,Taiping.

Masa kitorang nak balik ke Ipoh dari Selama Perak,sempat lagi singgah di Taman Tasik Taiping.Tempatnya masih lagi seperti di zaman aku kanak-kanak dahulu,cuma terdapat beberapa tempat yg telah dinaik taraf.
Suasananya memang mendamaikan.

Tuesday, February 24, 2009

Genap 3 bulan.

Alhamdulillah,pada 18/2 yang lalu genaplah usia Khairina 3 bulan.Perkembangannya yang terkini,Khairina dah mula belajar mengering.

Sunday, February 1, 2009

Kolam Presint 9,Putrajaya.

Sempena cuti sekolah,Abg.Mail,Kak Yati bersama

dengan anak-anaknya telah mengambil kesempatan datang ke Putrajaya.Antara aktiviti yang dilakukan ialah mandi kolam di Presint 9.Punya la seronok budak-budak,hampir satu jam baru rasa nak balik itu pun sebab dah sejuk badan.Lepas mandi terus makan tengahari di Food Court sebelah kolam,pekena nasik lemak dan nasi ayam.Lepas makan balik rumah terus tidur.

Sunday, January 11, 2009

Aktiviti di hujung minggu.

Inilah dia aktiviti keluarga di hujung minggu.Kali ni kitorang mandi di kolam Presint 16 (Dewan Kejiranan Presint 16).Biasanya kalau tak mandi di Presint 16,kitorang akan mandi di kolam Presint 9.Presint 16 ni,kolam untuk budak-budak kecil je setakat pinggang Amar.Di Presint 9,agak dalam dan lebih besar serta luas.Kedua-dua kolam di Putrajaya,free je tak payah bayar. Lepas mandi,terus kitorang pergi makan di kedai makan yang berhampiran dengan kolam.
p/s: Di Putrajaya sungai takde,so terpaksa la mandi kolam.

Tuesday, January 6, 2009

Hari pertama persekolahan.

Pada 5/1/09 merupakan hari pertama persekolahan bagi Amar.Jam 5:45 pagi dah siap bangun.6.30 pagi dah siap semuanya,Irham juga tak ketinggalan,hari tersebut dia bangun awal pula,selalunya dia bangun paling lambat.Nak ikut Amar ke sekolah katanya ( siap pakai baju sekolah Pra dan seluar sekolah darjah 1 Amar ).Akhirnya pagi tersebut terpaksa la Uminya membawa mereka 3 orang termasuk Khairina ke sekolah bagi menemani Amar.
p/s: Amar seronok sangat dapat belajar di tahun 1.Irham juga tak habis-habis bercerita seronoknya dapat pergi ke sekolah Amar.

Friday, January 2, 2009

Selamat ulangtahun yg ke...


Alhamdulillah,hari ni 2.1.09 genaplah usia aku yang ke-34.Dah makin meningkat umur rupanya...Hari ni kitorang hanya pergi meraikan hari ulangtahun aku di KFC Putrajaya.Kira ok la tu,isteri aku baru je habis pantang semalam,anak yg ke-3 pun baru je berumur sebulan lebih,nak pergi makan di tempat yg lain agak jauh jadi sebulat suara telah memilih KFC Putrajaya.Terima kasih kepada isteri yg sponsor makan di KFC.
p/s: Harapan di tahun 2009,semoga kehidupan dilimpahi dengan rahmat, dimurahkan rezeki & diberikan kesihatan yg baik kepada kitorang sekeluarga.

Thursday, January 1, 2009

Selamat Tahun Baru 2009.


Selamat menyambut tahun baru 2009.Semoga dengan kedatangan tahun baru ini akan menjadikan kita semua lebih bersedia untuk menempuhi cabaran yang semakin mencabar.
p/s : Nur Khairina sudah mula belajar 'senyum'.

Amar dah nak masuk Tahun 1.

Pada 30/12/08 yang lalu telah berlangsung majlis suai kenal/pendaftaran pelajar Tahun 1 dan Prasekolah SK.Putrajaya 8(1) bagi sesi 2009.Amar telah terlibat di dalam program ini yang telah bermula dari jam 8:30 pagi sehingga 10:30 pagi.Program ini sebenarnya untuk mendekatkan lagi pelajar-pelajar dengan dunia persekolah yang sebenar,dan yang paling penting apabila bermulanya sesi persekolahan pada 5/1/09,semuanya berjalan seperti biasa,tiada lagi kedengaran pelajar menangis dan pelajar yang tidak mahu masuk ke kelas.Bagi Amar tiada masalah,ini kerana semasa Prasekolah Amar memang belajar di sekolah ini.
p/s: Tak sangka betul,dah nak masuk Tahun 1 rupanya Amar!.

Bengkel Fotografi

Bengkel Fotografi

KURSUS STUDIO

KURSUS STUDIO
ALOR SETAR 16-18 DIS 2009

GUNUNG KINABALU 1

GUNUNG KINABALU 1
12 SEPT.1998

GUNUNG KINABALU 2

GUNUNG KINABALU 2
12 SEPT.1998

GUNUNG KINABALU 3

GUNUNG KINABALU 3
11 SEPT.1998