Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru

Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru
Kepada pelawat semua,blog yang berkaitan dengan fotografi dari blog ini,telah bertukar ke blog yang baru.Sila klik:

Sunday, April 3, 2011

Gunung Lang,Ipoh.

3/4/11-Ahad petang,on the way dari Tambun nak balik ke Jelapang,kitorang singgah sekejap di Taman Rekreasi Gunung Lang,tepi highway PLUS Utara Selatan,exit Ipoh.Kawasannya memang cantik dan merupakan antara kawasan tercantik di area Ipoh.Sangat sesuai untuk ambil gambar outdoor bagi majlis perkahwinan.Kitorang ke sini pun kira nak cari idea untuk ambil gambar outdoor nanti.

Ada air terjun. Ada bot yang boleh disewa.
Aktiviti biasa bila di depan kamera.


Bertemu rakan semaktab dan rakan sekelas (MT/PJK) Mohd Razif,isteri dan anak-anak,sekarang mengajar dalam daerah yang sama,Kinta Utara.




Khairina pun sekarang pantang suruh bergaya depan kamera,mesti tak lepas peluang punya.

Kepada yang berminat untuk buat outdoor di Gunung Lang Ipoh,boleh contact saya.

Gerbang Malam,Ipoh.

2/4/11-Sabtu malam,tak tau nak buat apa...so pergi ke Gerbang Malam bersama Fauzan anak saudara di pekan Ipoh.Boleh tahan juga,ramai peniaga yang berniaga.Di Ipoh Gerbang malam memang terkenal,macam-macam barang ada dijual sehingga lewat malam.Rambang mata juga dibuatnya.

Dalam banyak-banyak gerai,gerai yang menjual lukisan paling aku suka,lama juga la kitorang di gerai tersebut,sempat la beli 2 buah lukisan sebagai kenangan dan sempat juga bergambar dengan pemilik gerai yang juga merupakan seorang pelukis.Lukisannya memang hebat (teknik lorek dengan pen).

Antara gerai yang ada adalah gerai yang menjual alat permainan silap mata.Terpaku dan terpukau sekejap kitorang bila brother kedai tu tunjukkan silap mata daun terup dan duit syiling.Kalau beli barang dia,lagi banyak cara dia akan tunjuk untuk silap mata.Fauzan begitu kusyuk mendengar penerangan daripada brother kedai tersebut.Hampir 2 jam juga kitorang di Gerbang Malam...

Bengkel Fotografi

Bengkel Fotografi

KURSUS STUDIO

KURSUS STUDIO
ALOR SETAR 16-18 DIS 2009

GUNUNG KINABALU 1

GUNUNG KINABALU 1
12 SEPT.1998

GUNUNG KINABALU 2

GUNUNG KINABALU 2
12 SEPT.1998

GUNUNG KINABALU 3

GUNUNG KINABALU 3
11 SEPT.1998