
5/3/2011 jam 4.30 ptg,Mustafa b.Shamsudin @ Chik Judin telah kembali ke rahmatullah kerana sakit di Kg.Tersusun Redang Panjang Ijok.Merupakan anak buah yang rapat sejak dari kecil.Sebut saja Chik satu kampung orang akan kenal.Dalam usia 25 tahun dia telah kembali ke rahmatullah dan kami semua redha.Semasa hayat beliau,bila aku balik kampung je sudah pasti Chik akan singgah ke rumah bermain bersama anak-anak aku Amar,Irham dan Rina.Kalau Chik ke Putrajaya sebelum ini untuk ke rumah abangnya,beliau pasti akan singgah ke rumah aku...Hari ini semasa Chik berada di liang lahat aku bawa Amar,Irham dan Rina untuk melihat Chik di situ...sayu,sedih dan hiba rasanya bila Irham tanya
"kenapa Chik berada di situ?" ....Semoga roh Chik ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Kenangan ketika Chik manjadi model aku untuk pemandangan di Hutan Simpan. Boleh lihat di http://manaphotography2u.blogspot.com