Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru

Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru
Kepada pelawat semua,blog yang berkaitan dengan fotografi dari blog ini,telah bertukar ke blog yang baru.Sila klik:

Friday, December 17, 2010

Putrajaya dalam ingatan...

Dalam perjalan balik ke Perak,kitorang lalu di pinggir Putrajaya sambil melihat dari jauh....anak-anak pun terasa sedih bila lihat dari raut wajah diorang." Abah,lepas ni kita semua dah tak duduk Putrajaya lagi ke?...kenapa?..." Irham bertanya aku...
Di sinilah ketiga-tiga anak aku dilahir dan dibesarkan,8 tahun di Putrajaya.Aku mengajar di Selangor dah 10 tahun....


Lalu di depan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam keadaan hujan yang lebat macam tahu je perasaan kitorang sekeluarga.
Selamat tinggal Putrajaya....

Makan tomyam...

Selepas bertolak keluar dari rumah,kitorang terus ke sekolah untuk serahkan beberapa barang yang terlupa untuk dihantar tempoh hari.Kebetulan Kak Ina ada di pejabat,sembang sekejap dan dapat juga bersembang melalui telefon dengan GB yang baru balik dari Mekah.Bila dengar cara GB bercakap sedih aku rasa...' takpe cikgu segala ilmu yg saya dapat di SKDABB akan saya gunakan sebaik mungkin di sekolah yang baru..."


Setelah selesai urusan di pejabat,terus kitorang singgah di gerai tepi masjid Kg.DABB.Kitorang di gerai tu memang selalu makan nasi putih+telur dadar+sayur kailan ikan masin+tomyam campur,sampaikan dah tak payah bagitau nak order,nampak je keluarga kitorang tauke kedai tu dah tau!.... Alhamdulillah anak-anak pun punya cita rasa yang sama.

Setelah kenyang semuanya,solat sekejap di masjid KDABB.Di tempat inilah pada 17/1/2000 dahulu aku ada ambil gambar sebelum lapor diri hari pertama masa mula-mula posting (sebenarnya sebelah malam sebelum lapor diri aku dan Johari tidur di masjid ni...).So hari ni sebelum bertolak balik ke Perak,kira mengimbas kembali la 10 tahun yang lalu....terasa juga sedihnya...

Pada jam 6.36 petang kitorang pun bertolak balik sambil melintasi jejantas di hadapan sekolah...
10 tahun yang lalu takde semua ni....

Serah kunci...

13/12/10 (Isnin)-Bermula jam 8.30 pagi kitorang bergerak ke Bandar Baru Salak Tinggi untuk ke Syabas bagi menutup akaun.Di Syabas berjumpa dengan Cikgu Amran yang kebetulan hendak menjelaskan bil air,sempat la sembang sekejap.Urusan di Syabas berjalan lancar,selesai satu....
Balik dari BBST terus ke Anjung,Putrajaya jam 11.30 pagi untuk menutup akaun elektrik pula.Alhamdulillah urusan berjalan lancar...selesai kerja ke-2.
Setelah selesai di Anjung terus ke Bahagian Perumahan & Hartanah JPM,Putrajaya untuk urusan penyerahan kunci rumah kuarters.Lebih kurang jam 1.30 ptg urusan selesai dan terus balik semula ke rumah untuk bersihkan sedikit lagi barang-barang yg belum selesai...
Hampir jam 4 petang baru segalanya selesai,penuh satu kereta dibuatnya dengan barang-barang yg tak muat naik lori...itu pun sebahagian terpaksa simpan di rumah jiran sebelah...

Khairina pun sampai dah kelihatan penat...terpaksa minum susu di dalam kereta yang sendat dengan barang-barang....

Sebelum bertolak,pandang rumah jiran-jiran sebelah kanan (Razak (Polis),Abg.Saad (Polis),Cikgu Suhaimi Guru Besar Presint 11 (1) dan Abg.Asri & Kak Ibah).....sayu je rasanya.Pandang depan (Zamri (KLIA),Abg.Arsyad (kerja sendiri) dan Hj.Ismail...

Pandang kiri nampak rumah En.Raja (Pensyarah Unisel) dan Faizal....Kepada jiran- jiran semua semoga berbahagia selalu...

Bersama jiran...

13/12/10 (Isnin) - Bersama dengan jiran-jiran A5/6 Presint 11,antara yang terawal bersama-sama menetap di Putrajaya Presint 11,saudara Danny Faizal.

Bersama dengan Cikgu Norehan dan anak-anak dan Kak Ibah (geng satu sekolah dengan Umi-SK.Presint 8(1).

Bersama Kak Ibah dan Abg.Asri (dua-dua orang Sungai Siput,Perak).

Angkut barang...

11/12/10 (Sabtu)-10/11/10 kitorang kembali lagi ke Putrajaya untuk urusan mengangkut barang rumah dan seterusnya membuat serahan kunci kuarters di Bahagian Pengurusan Hartanah JPM.Jam 4.40 petang lori dah sampai,rehat sekejap jam 5.00 ptg barang-barang dah mula diangkut ke lori.Alhamdulillah member satu sekolah,Azri ada datang tolong angkut barang disamping pemandu lori dan pembantunya.

Rupa-rupanya banyak juga barang rumah kitorang....sampai tak muat lori 5 tan dibuatnya maklum la dah 8 tahun berada di Putrajaya,terpaksa beberapa barang ditinggalkan sekejap di rumah jiran.Lebih kurang 2 jam lebih baru siap barang-barang diangkat masuk lori.Punya la penat...
...7.30 ptg lori mula gerak dan telah sampai di Jelapang Ipoh pada jam 12.00 tengah malam.Dapat sms dari abg.ipar di Jelapang,jam 1.15 pagi baru lori bergerak balik ke Kedah setelah selesai semua barang diturunkan.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Tuesday, December 7, 2010

Terima kasih...

30/11/10 (Selasa) -Sehari sebelum bertolak balik ke Perak,kitorang singgah melawat ke rumah pengasuh Irham dan Rina di Presint 9,Putrajaya.Hampir 2 jam juga berborak.Kak Peah dan Abg.Pin ni dah lama mengasuh anak-anak kitorang,bermula dengan Amar masa berumur 5 bulan (sekarang dah darjah 2) sehingga kepada Rina sekarang.Anak-anak diorang pun jika ada kelapangan akan bersama-sama membantu mengasuh kanak-kanak yang berada di rumah mereka.Kelihatan dalam gambar Yanti,Maya,Kak Peah dan Abg.Pin.

Patut la badan Irham agak berisi,rupa-rupanya Irham makan bersuap.Sebelum balik Irham nak makan,terus 'nenek' (panggilan untuk Kak Peah) masak telur mata.Selera betul Irham makan.Rupa-rupanya semua anak-anak yang Kak Peah jaga,apabila makan mereka semua disuap (itu sebab rasanya semua anak-anak yang dijaga oleh Kak Peah dan Abg.Pin walaupun dah besar masih teringat dan suka untuk pergi ke rumah diorang).Kelihatan Abg.Pin tersenyum lebar bila melihat Irham makan.Kepada Abg.Pin,Kak Peah dan keluarga,terima kasih banyak-banyak,hanya Allah sahaja yang dapat membalas semua jasa selama ini....
p/s: InsyaAllah 3 tahun lagi kita akan bertemu semula di Ipoh.

Kunjungan kawan lama.

29/11/10 (Isnin)-Selepas melawat MAHA,terus jemput Johari yang baru tiba dari Melaka ke rumah.Kebetulan Derih juga nak ke rumah untuk ambil akuarium,so malam tu riuh-rendah kitorang bersembang,maklum la dah lama tak berjumpa.Kira perjumpaan kali ni di rumah aku sebagai perjumpaan terakhir sebelum berpindah ke Perak.
Kepada Johari dan CT,tahniah bertambah sorang lagi ahli keluarga korang.

MAHA 2010.

29/11/10 (Isnin) - Selepas penat mengemas rumah kitorang ambil keputusan untuk ke MAHA 2010,lebih kurang 10 minit dari rumah di Putrajaya.Masa kitorang pergi pengunjung masih ramai walaupun pada jam 6 petang.Hampir setengah jam juga la proses untuk masuk,cari parking seterusnya ke tapak pameran.

Macam-macam bahan pameran dipamerkan.Sampai tak larat kitorang nak melawatnya. Kawasanya agak luas.Dewan besar ada 4,setiap dewan terdapat pameran tertentu.Sayang sekali pameran binatang kitorang tak dapat nak melawat sebab dah malam dan dah tak larat nak berjalan.

Khairina sekarang ni pantang suruh 'posing' depan kamera...

Aksi di hadapan gambar orang sedang menanam padi.

Hjh.Jamaliah.

28/11/10-(Ahad).Kg Tanjung,Pekan Dengkil (tepi sungai,sebelah pasar) selepas bersarapan di pasar minggu,kitorang melawat ke rumah Hjh.Jamaliah.Beliau adalah bekas tuan rumah kitorang.Sebelum berpindah ke Putrajaya,kitorang menyewa di rumah sewa beliau, bersebelahan dengan rumahnya.Beliau juga yang menjaga Amar Diniy semasa berumur 3 bulan. Selepas berpindah ke Putrajaya,perhubungan kitorang masih berkekalan,setiap kali ke pasar minggu Dengkil,kitorang pasti singgah ke rumah beliau.Sebelum balik ke Perak kitorang singgah sekejap di rumah beliau sambil bersembang panjang.Kepada Makcik Hjh.Jamaliah sekeluarga,terima kasih banyak-banyak "kalau ada umur panjang,kita akan berjumpa lagi.."

Monday, November 29, 2010

Kak Zah & Abg.Solleh.

28/11/10 (Ahad)-Lebih kurang jam 5.00 petang,aku sekeluarga menziarahi keluarga Kak Zah di Presint 18.Ingat nak melawat awal,terpaksa batalkan sebab Kak Zah sekeluarga ada hal.Ini kira lawatan terkahir sebelum berangkat balik ke Perak.Banyak juga la cerita yang kitorang bualkan.

Sebelum pulang sempat juga la kitorang berposing di belakang 'kereta baru' Abg.Solleh yg nombor platnya masih sama 40!.Kepada Kak Zah sekeluarga terima kasih banyak2,segala jasa baik Kak Zah sekeluarga,hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.
p/s: Kalau ke Ipoh nanti jangan lupa contact kitorang...

Monday, November 22, 2010

Pak Su bertunang.

20/11/10 (Sabtu)- Sebanyak 3 buah kereta telah mengiringi rombongan meminang Pak Su di Kg.Sg.Sudah,Semerah Batu Pahat Johor.kitorang bertolak dari Putrajaya jam 10.00 pagi dan lebih kurang 3 jam perjalanan sampailah kami di sana.


Rombongan kami telah di ketuai oleh Pak Ngah Lid dan beliaulah menjadi jurucakap bagi pihak keluarga lelaki.Bagi pihak perempuan datuk sedara sebagai jurucakap mereka.

setelah persetujuan dicapai mengenai tarikh perkahwinan,mas kahwin dan jumlah hantaran maka acara menyarung cincin pun diteruskan.Kelihatan Mak Ngah Gayah sedang menyarungkan cincin merisik ke jari manis pihak perempuan.

Giliran emak pula menyarungkan cicncin bertunang ke jari manis pihak perempuan.

Setelah selesai semuanya dalam perjalanan pulang ke Putrajaya,kitorang mengambil kesempatan untuk singgah membeli-belah di pekan Tangkak yang terkenal dengan pelbagai jenis kain.Sempat la Wan membeli kain langsir untuk langsir rumah baru.Jam 7.00 petang baru kitorang bertolak ke Putrajaya.jam 9.30 malam kitorang sampai di Putrajaya.Rehat sekejap,Pak Ngah Lid,Mak dan Amy bertolak ke Selama jam 12.00 tengah malam.Menurut sms yang diterima diorang sampai ke Selama jam 4.30 pagi dan mendapat berita bahawa isteri Wie Pak Long Zainal telah meninggal dunia pada pagi tersebut.Takziah diucapkan.

Hari terakhir...


19/11/10 (Jumaat)- Adalah hari terakhir aku di SKDABB setelah berkhidmat selama 10 tahun di negeri Selangor.Terima kasih kepada semua,segala kenangan serta ilmu yang diperolehi akan digunakan sebaik mungkin.Gambar kenang-kenangan bersama dengan kengkawan di SKDABB.Ustazah Kamariah (3 dari kiri) juga akan berpindah ke Karak,Pahang.

Terima kasih daun keladi,ada umur kita jumpa lagi...Ipoh dengan SKDABB bukannya jauh sangat.Untuk maklumat lanjut sila klik: http://skdabbsepang.blogspot.com

Selamat Hari Lahir...

18/11/10 (Khamis)-Selamat hari lahir yang ke-2 untuk Nur Khairina dan yang ke-10 untuk Izzat.Kebetulan Izzat berada di Putrajaya,so sambut bersama dengan Khairina.


Kelihatan Irham & Amar tumpang 'sekaki' memotong kek.

Monday, November 15, 2010

Dapat pindah...

15/11/10-Hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh setiap guru-guru di Malaysia yang ada memohon pertukaran.Alhamdulillah setelah berkhidmat 10 tahun di negeri Selangor akhirnya impian untuk berpindah ke negeri sendiri dan tinggal di rumah sendiri bersama isteri dan anak-anak tercapai.Kepada semua warga SKDABB terima kasih di atas segalanya,tanpa kalian semua,aku tidak kecapi seperti apa yang aku ada sekarang.InsyaAllah sesi persekolahan 2011 aku akan bertugas di tempat yang baru.

Friday, October 8, 2010

Member lama UPM.

8/9/10-Jam 4 petang bertempat di Taman Warisan Pertanian,Presint 16,Putrajaya.Isha sebenarnya baru je selesai 'kerja' di SPP atas urusan pengesahan DG41 yang masih belum 'selesai'.Banyak hal yang dibincangkan daripada masalah beliau dengan SPP,urusan interview DG41,perbincangan untuk reunion UPM Bahasa & Linguistik Melayu '04/'07 dan lain-lain topik yang dirasakan sesuai.Lama betul kitorang tak jumpa,hampir setahun juga.Last sekali kitorang jumpa raya puasa tahun lepas.

Thursday, September 16, 2010

Setiap kali raya...

12/9/10-On the way nak balik ke Ipoh selepas tol Kuala Kangsar menuju ke pekan Kuala Kangsar kenderaan dah beratur panjang.Kitorang saje guna jalan lama dari Changkat Jering ke Ipoh memandangkan berita dari Sinar FM mengatakan highway kenderaan bergerak perlahan.Rupa-rupanya jalan biasa pun jem....ingatkan di KL dan Highway je jem,jalan biasa pun jem...nasib baik kamera sentiasa bersama,so sempat la merakamkan pemandangan sepanjang jem tersebut bagi mengelakkan rasa boring.

Raya ke-3

12/9/10-Raya ke-3 kitorang berangkat balik dari Selama Perak ke Tambun Ipoh.Dalam perjalanan kitorang sempat singgah untuk solat zuhur di Masjid Kg.Kuala Dal,Padang Rengas Kuala Kangsar.Bersebelahan dengan masjid tersebut terletaknya masjid lama Kg.Kuala Dal.
Sebelum ini memang selalu kitorang berhenti untuk solat di masjid ini,setelah dibaiki dan setelah masuk dalam Majalah 3 pada (4/9/10) maka ramai juga pengunjung yang berhenti untuk melihat dengan lebih dekat masjid lama ini.Memang cantik setelah dibaiki.Warnanya seakan-akan istana lama di Bukit Chandan,Kuala Kangsar.

Senibina serta corak di dindingnya memang cantik sekali.Rugi kalau tak melihatnya sendiri.

Raya ke-2

11/9/10-Raya ke-2 kitorang berkesempatan untuk menziarahi emak saudara (Mak Teh) di Serdang Kedah.Sambil menziarahi Mak Teh,kitorang ziarah juga Mak Long Wa Kiah yang baru baik dari sakit,sebelah rumah Mak Teh je.Di kesempatan ini juga Irham & Amar sempat bermesra dengan lembu peliharaan Pak Long Din anak Mak Teh.

Riuh sekampung dibuatnya Irham,Amar & Khairina apabila dapat melihat dengan lebih dekat lembu yang jinak.Maklumlah...di Putrajaya mana nak jumpa lembu macam ni....kalau nak jumpa pun hanya di Zoo Negara.

Sampaikan bila nak balik,diorang tak nak balik sebab seronok sangat tengok lembu,siap boleh pegang kepala lembu lagi....

Sambutan Hari Raya

10/9/10-Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini kurang meriah sebab tak semua dapat balik beraya kerana bertugas.Kakak yang sulung petang raya pertama baru sampai balik kampung,abang nombor 2 tak dapat balik lansung,yang dapat beraya bersama hanyalah dari Putrajaya dan Kulim.

Beraya di rumah Maksu Na,sebelah rumah je...Raya tahun ni Maksu beraya bersama anak-anak je sebab Paksu dah takde.

Bergambar bersama Maksu Na dan Azwan @ Elo yang bekerja di Alor Setar.Lama betul tak jumpa beliau...

Irham dan Farhani bersama nenek.

Nur Khairina baru first time pakai baju kurung....

Susah betul si Irham ni,asyik nak berkepit dengan uminya...

Bengkel Fotografi

Bengkel Fotografi

KURSUS STUDIO

KURSUS STUDIO
ALOR SETAR 16-18 DIS 2009

GUNUNG KINABALU 1

GUNUNG KINABALU 1
12 SEPT.1998

GUNUNG KINABALU 2

GUNUNG KINABALU 2
12 SEPT.1998

GUNUNG KINABALU 3

GUNUNG KINABALU 3
11 SEPT.1998