Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru

Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru
Kepada pelawat semua,blog yang berkaitan dengan fotografi dari blog ini,telah bertukar ke blog yang baru.Sila klik:

Thursday, September 16, 2010

Setiap kali raya...

12/9/10-On the way nak balik ke Ipoh selepas tol Kuala Kangsar menuju ke pekan Kuala Kangsar kenderaan dah beratur panjang.Kitorang saje guna jalan lama dari Changkat Jering ke Ipoh memandangkan berita dari Sinar FM mengatakan highway kenderaan bergerak perlahan.Rupa-rupanya jalan biasa pun jem....ingatkan di KL dan Highway je jem,jalan biasa pun jem...nasib baik kamera sentiasa bersama,so sempat la merakamkan pemandangan sepanjang jem tersebut bagi mengelakkan rasa boring.

Raya ke-3

12/9/10-Raya ke-3 kitorang berangkat balik dari Selama Perak ke Tambun Ipoh.Dalam perjalanan kitorang sempat singgah untuk solat zuhur di Masjid Kg.Kuala Dal,Padang Rengas Kuala Kangsar.Bersebelahan dengan masjid tersebut terletaknya masjid lama Kg.Kuala Dal.
Sebelum ini memang selalu kitorang berhenti untuk solat di masjid ini,setelah dibaiki dan setelah masuk dalam Majalah 3 pada (4/9/10) maka ramai juga pengunjung yang berhenti untuk melihat dengan lebih dekat masjid lama ini.Memang cantik setelah dibaiki.Warnanya seakan-akan istana lama di Bukit Chandan,Kuala Kangsar.

Senibina serta corak di dindingnya memang cantik sekali.Rugi kalau tak melihatnya sendiri.

Raya ke-2

11/9/10-Raya ke-2 kitorang berkesempatan untuk menziarahi emak saudara (Mak Teh) di Serdang Kedah.Sambil menziarahi Mak Teh,kitorang ziarah juga Mak Long Wa Kiah yang baru baik dari sakit,sebelah rumah Mak Teh je.Di kesempatan ini juga Irham & Amar sempat bermesra dengan lembu peliharaan Pak Long Din anak Mak Teh.

Riuh sekampung dibuatnya Irham,Amar & Khairina apabila dapat melihat dengan lebih dekat lembu yang jinak.Maklumlah...di Putrajaya mana nak jumpa lembu macam ni....kalau nak jumpa pun hanya di Zoo Negara.

Sampaikan bila nak balik,diorang tak nak balik sebab seronok sangat tengok lembu,siap boleh pegang kepala lembu lagi....

Sambutan Hari Raya

10/9/10-Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini kurang meriah sebab tak semua dapat balik beraya kerana bertugas.Kakak yang sulung petang raya pertama baru sampai balik kampung,abang nombor 2 tak dapat balik lansung,yang dapat beraya bersama hanyalah dari Putrajaya dan Kulim.

Beraya di rumah Maksu Na,sebelah rumah je...Raya tahun ni Maksu beraya bersama anak-anak je sebab Paksu dah takde.

Bergambar bersama Maksu Na dan Azwan @ Elo yang bekerja di Alor Setar.Lama betul tak jumpa beliau...

Irham dan Farhani bersama nenek.

Nur Khairina baru first time pakai baju kurung....

Susah betul si Irham ni,asyik nak berkepit dengan uminya...

Friday, September 3, 2010

Majlis bermaaf-maafan...

3/9/10-Satu majlis bermaaf-maafan bagi semua warga SKDABB telah berlangsung dalam suasana yang meriah dan sayu.Selepas selesai ucapan ringkas Guru Besar,bermula dengan pelajar dari Prasekolah mula bergerak panjang di dalam satu barisan untuk bersalam-salaman dengan semua guru-guru.

Majlis bertambah sayu apabila lagu-lagu raya mula berkumandang.

Selesai semua pelajar bermaaf-maafan tiba giliran guru-guru pula bermaaf-maafan antara sesama.Sorang-sorang mula menitiskan air mata sambil lagu raya berkumandang....

Guru-guru lelaki yang akan beraya di rumah mertua.

Wednesday, September 1, 2010

Selamat Hari Lahir...

1/9/10-Satu majlis sambutan hari lahir untuk Umi diadakan secara sederhana selepas solat tarawih.Sekadar potong kek je.


Hadiah dari kami semua,seperti biasa sekeping kad ucapan dan satu hadiah istimewa.

Dan seperti biasa sambutan hari lahir sesiapa pun di rumah ini,Irham akan cover semua.Semua sambutan hari lahir adalah hari lahir beliau!....Kepada Umi : "Selamat hari lahir dari Abah,Amar,Irham & Khairina,semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan semoga berbahagia selalu..."

Bengkel Fotografi

Bengkel Fotografi

KURSUS STUDIO

KURSUS STUDIO
ALOR SETAR 16-18 DIS 2009

GUNUNG KINABALU 1

GUNUNG KINABALU 1
12 SEPT.1998

GUNUNG KINABALU 2

GUNUNG KINABALU 2
12 SEPT.1998

GUNUNG KINABALU 3

GUNUNG KINABALU 3
11 SEPT.1998