Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru

Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru
Kepada pelawat semua,blog yang berkaitan dengan fotografi dari blog ini,telah bertukar ke blog yang baru.Sila klik:

Monday, July 26, 2010

Bukit Tinggi,Pahang.

25/7/10-Cadangnya nak pergi pada pagi Sabtu 24/7/10 bersama dengan Yazie member tempat kerja,last sekali terpaksa batal sebab Irham demam hari Jumaat.Sebelum ni memang dah janji dengan Amar & Irham untuk ke Bukit Tinggi dan dah bincang dengan Yazie untuk konvoi bersama-sama ke sana.Hari Sabtu malam Irham dah sembuh sepenuhnya.Bincang punya bincang,akhirnya ambil keputusan untuk ke sana juga pada Ahad 25/7 jam 11.00 pagi.

Lebih kurang 50 minit dari Putrajaya,sampailah kitorang di sana.Nama pun dah Bukit Tinggi,sememangnya memang tinggi pun tempatnya.Nama tempat ini ialah Colmar Tropicale,Berjaya Hills.Tempatnya memang cantik,terutama dari segi senibina bangunannya,ditambah dengan suasana udara yang agak nyaman.Ia masih mengekalkan ciri-ciri bangunan di Perancis zaman dahulu.Memang cantik!

Antara tempat yang menarik,kawasan di mana pengunjung dapat melihat lebih dekat ialah itik angsa di dalam kolam.Memang cantik pemandangannya.InsyaAllah di lain waktu kalau ada masa lagi rasanya nak ke sana semula dan nak sewa apartment pula untuk merasai suasana dingin di Bukit Tinggi.

Genting Highlands.

25/7/10-Lepas penat pusing di Bukit Tinggi,teringat Genting Highlands yang tak berapa jauh dari Bukit Tinggi.Kitorang ambil keputusan untuk terus ke Genting,seingat kitorang 5 tahun lepas dah ke sana bersama arwah Opah Nah.Amar baru 3 tahun masa tu.Tujuan kitorang kali ini ke sana sebenarnya nak bawa Amar,Irham & Khairina naik kereta 'cable'.
Nasib kitorang tak berapa baik,sampai je di sana kitorang dimaklumkan oleh pekerja di situ bahawa sekarang perkhidmatan kereta 'cable' dihentikan buat seketika sehingga pertengahan bulan Ogos kerana proses pembaipulih.Amar dan Irham punya la frust!.Takpe lain kali kita datang lagi.

Bengkel Fotografi

Bengkel Fotografi

KURSUS STUDIO

KURSUS STUDIO
ALOR SETAR 16-18 DIS 2009

GUNUNG KINABALU 1

GUNUNG KINABALU 1
12 SEPT.1998

GUNUNG KINABALU 2

GUNUNG KINABALU 2
12 SEPT.1998

GUNUNG KINABALU 3

GUNUNG KINABALU 3
11 SEPT.1998