Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru

Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru
Kepada pelawat semua,blog yang berkaitan dengan fotografi dari blog ini,telah bertukar ke blog yang baru.Sila klik:

Wednesday, September 30, 2009

Bunga api...

Selepas penat seharian,dari kampung di Selama ke rumah Yong di Kuala Kangsar,terus ke rumah Kak Dah,bersambung ke rumah Nyah Wan dan akhirnya baru dapat balik ke Tambun.Apa lagi malam tu geng bebudak semuanya main bunga api yang telah disponsor oleh Ayah Lang (Wan Ismail).

Jamuan Raya 2

Selepas beraya di rumah Kak Dah,kitorang ke rumah Nyah Wan pula di Tanjung Rambutan bagi menghadiri rumah terbuka beliau khas untuk sedara dari Tambun.

Jamuan Raya.

25/9/09- Raya yang ke-6,Kak Dah buat rumah terbuka khusus untuk sedara dari Tambun.

Selamat Hari Raya 3

Jamuan hari raya di rumah Mak Da.Nasi ayam di pagi raya...power beb!...

Selamat Hari Raya 2

Gambar bersama keluarga Yong Azizah.

Selamat Hari Raya

20/9/09-Hari Raya Aidilfitri.Kali ni beraya di Batu 5 Tambun,Ipoh.Suasana tahun ni agak muram kerana 'ketiadaan' Yob Mahir yang telah pulang ke rahmatullah seminggu sebelum puasa.Tahun ni kitorang beraya dengan kehadiran Nur Khairina.

Monday, September 7, 2009

Masjid Sultan Mizan - Putrajaya

7/9/09 - sempena cuti Nuzul Quran bagi negeri Selangor,sempat la aku merayau-rayau sekitar Putrajaya.Salah satu tempat yg aku singgah ialah di Masjid Sultan Mizan,Putrajaya.Masjid ini merupakan masjid yg ke-2 di Putrajaya.Jika mengikut jumlah kapasiti jemaah,masjid ini merupakan yg terbesar berbanding dengan Masjid Putra,Putrajaya.Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Besi,memandangkan bahan-bahannya majoriti terdiri drp besi keluli.Begitu cantik sekali senibinanya.Sistem penyejukan dalam masjid ini menggunakan sumber air dari tasik yg terdapat di tepi masjid ini.Suasana di dalam masjid begitu sejuk seolah-olah adanya pendingin hawa,hakikatnya tiada.Hebat sungguh.

Selamat Hari Lahir...

Pada 1/9/09 yang lalu genaplah usia umi yg ke-34.Selamat hari lahir kami semua ucapkan.Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki.Sambutan kali ini secara sederhana sahaja,memandangkan ianya jatuh pada bulan ramadhan.Kali ini kitorang sambut di Rimbun Cafe di Dengkil,milik Pn.Zaida & suami (member sekerja).Menu utama ikan siakap 3 rasa.
Ikhlas dr: Abah,amar,Irham & Rina.

Bengkel Fotografi

Bengkel Fotografi

KURSUS STUDIO

KURSUS STUDIO
ALOR SETAR 16-18 DIS 2009

GUNUNG KINABALU 1

GUNUNG KINABALU 1
12 SEPT.1998

GUNUNG KINABALU 2

GUNUNG KINABALU 2
12 SEPT.1998

GUNUNG KINABALU 3

GUNUNG KINABALU 3
11 SEPT.1998