Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru

Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru
Kepada pelawat semua,blog yang berkaitan dengan fotografi dari blog ini,telah bertukar ke blog yang baru.Sila klik:

Sunday, August 10, 2008

KENANGAN DI UPM '04/'07

PERPUSTAKAAN UPM.
Antara pengalaman yang terpaksa dilalui...
...masa ni anak aku yg kedua baru berumur 7 bulan,yang pertama 5 tahun,waktu malam terpaksa bawa anak-anak ke perpustakaan UPM untuk pinjam buku nak siapkan assignment.Pelajar-pelajar sepenuh masa yang berada di sekitar perpustakaan rasa pelik bila kau bawa anak-anak ke situ,pada aku...peduli apa orang nak cakap,susah senang aku bukannya diorang nak tolong pun.Isteri aku pun belajar juga...so sama-sama la bergilir jaga anak,nak ambik orang gaji duit tak cukup. Pinjaman belajar pula tak dapat,memang perit
masa tu. Isteri aku buat PJJ UPM,kos sama seperti aku-Bahasa dan Linguistik '05/'08.Bezanya kelas dia hari cuti je dan kelasnya di bangunan Baitulmal kampung Pandan KL.
dalam keadaan yang susah payah,berjaya juga ditempuhinya.
Nak cerita sikit bab anak yg kedua ni,masa berumur 2 minggu isteri aku terpaksa menduduki peperiksaan akhir semester 3 di bangunan PJJ di UPM dalam keadaan masih pantang,berbaju panas dan siap berstokin.Kitorang terpaksa membawa yang kecil tu sekali ke tempat peperiksaan.Bayangkan la...Ada juga la pensyarah yg bersembang dengan aku kat tempat tu sambil berjenaka...kecik-kecik lagi dah masuk ke universiti....sejuk hati aku mendengarnya.
p/s: betul la orang kata..."nak senang bukannya mudah.."

KENANGAN DI UPM '04/'07

HJH.HALIMAH BT.HASSAN.
Inilah dia pensyarah kitorang iaitu Hjh.Halimah bt.Hassan.Beliau merupakan pensyarah untuk paper BBK 3305 : Kesusasteraan Rakyat Melayu.Untuk paper ni penat juga la nak mengkaji dan membaca teks-teks Melayu lama,tapi alhamdulillah dapat juga banyak ilmu dari pembacaan tersebut.

KENANGAN DI UPM '04/'07

Gambar hari-hari terakhir semasa di semester 6 untuk paper BBK 3305:Kesusasteraan Rakyat Melayu.Pensyarahnya iaitu Pn.Hjh.Halimah atau lebih dikenali dengan nama Mak Limah.Hjh.Halimah memang hebat la oarnagnya terutama dalam bab-bab sejarah Melayu ni.dalam kelas ni set-set cikgu lelaki biasanya akan duduk di barisan belakang,bukannya apa...sebab jumlah kitorang sikit.Kelas ni hanya untuk minor sastera je.
p/s: Gambar bersama Isha,Din Belang,Halim dan Azmi Dato'.



KENANGAN DI UPM '04/'07

Prof.Dr.Awang Sariyan.

Gambar kenangan bersama dengan Prof.Dr.Awang Sariyan.Beliau merupakan seorang pakar dalam bidang bahasa dan linguistik di Malaysia.Dia mengajar kitorang masa semester 6 untuk kertas BBM 3204-Sosiolinguistik.Cara pengajarannya rileks je...takde nak tension kepala otak.Apa yang diajarnya,itu yang masuk dalam periksa dan yang penting kena study.Dia sekarang ni dari maklumat yang diterima,beliau sekarang telah bertugas di Univ.Malaya.
p/s: Gambar ni kitorang ambil masa hari terakhir semester 6,terdiri dari (kiri) : Isha,Aku dan Wan Suib.

KENANGAN DI UPM '04/'07

PEMBENTANGAN HASIL KERJA ( BAHASA DLM MULTIMEDIA - PENSYARAH : DR.NORMALIZA BT.ABD.RAHIM )
TAJUK : TELESIDANG.
Ini adalah antara kenangan semasa di UPM semester 7,ketika mengambil kertas Bahasa dlm Multimedia dgn pensyarah Dr.Normaliza bt.Abd.Rahim.Paper ni setiap minggu ada je kerja yg nak kena bentang dan gambar ni adalah hasil pembentangan kumpulan kitorang yg terakhir pd malam terakhir semester 7 sebelum menduduki peperiksaan akhir semester 7.Tajuk yg kitorang kena bentang ialah "Telesidang".Segala-gala maklumat yg kitorang perolehi telah berjaya dibentangkan dan segala-galanya selamat.Dlm group kitorang,tukang bacanya dah tentu la Mohd Isha b.Tahir (pakar bercakap) dan yg tukang jaga slide power point dah tentu aku yg kena.Dlm paper ni,kira alhamdulillah la,banyak yg kitorang dapat pelajari terutamanya yg berkaitan dgn multimedia dan terima kasih yg tak terhingga buat Dr.Normaliza kerana mengajar kitorang.
p/s: walaupun agak garang orangnya,tapi dia baik...(pernah terjadi pintu bilik kuliah kena tutup,sebab datang lambat ke kuliah).

KENANGAN DI UPM '04/'07

Dewan Kuliah DKAP-C


Dewan kuliah ni adalah kelas kitorang masa semester 5 paper Tamadun Asia.Paper ni kitorang bergabung dengan budak2 Com.Bila dah bercampur tu riuh rendah dibuatnya,maklumla...
semuanya tua-tua belaka,bapa-bapa dan mak-mak budak belaka dan 99% adalah guru di sekitar Lembah Klang.Yang tersenyum tu adalah Datuk Azmi dr Pantai Dalam KL,sebelah dia Zaidi ngajar sekolah Cina di Serdang,depan Zaidi berbaju putih tu adalah Zakaria @ Pak Ya.Yang depan sekali tu Maarof dan dibelakangnya adalah Man (pakar IT).

KENANGAN DI UPM '04/'07

2. MAJLIS MAKAN BESAR 2.

Gambar semasa kitorang makan malam di Bistro bersebelahan South City Plaza,Seri Kembangan,Serdang,selepas selesai periksa akhir semester 7,UPM.Kira makan besar la ni,ini merupakan tempat yg ke 3 kitorang makan besar selepas restoran Western Food di Sri Serdang dan Restoran Anjung.Majlis ni kitorang buat sebaik sahaja selesai peperiksaan akhir semester (kira dah jadi tradisi la..)Ahlinya pun biasanya adalah ahli tetap,terdiri drp Mohd Isha (ketua),WanSuib,Aku,Kamarul,Mustakim,
Zakaria@Pak Ya,Halim dan Zaidi.

Bengkel Fotografi

Bengkel Fotografi

KURSUS STUDIO

KURSUS STUDIO
ALOR SETAR 16-18 DIS 2009

GUNUNG KINABALU 1

GUNUNG KINABALU 1
12 SEPT.1998

GUNUNG KINABALU 2

GUNUNG KINABALU 2
12 SEPT.1998

GUNUNG KINABALU 3

GUNUNG KINABALU 3
11 SEPT.1998