Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru

Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru
Kepada pelawat semua,blog yang berkaitan dengan fotografi dari blog ini,telah bertukar ke blog yang baru.Sila klik:

Sunday, January 30, 2011

Majlis Perpisahan.

28/1/11-Satu majlis meraikan perpisahan Cikgu Joseph telah diadakan di SK.Buntong.Beliau merupakan antara guru yang terawal di sekolah ini dan telah berkhidmat selama 8 tahun di SK.Buntong.Beliau telah bertukar ke sekolah SJK (T) Menglembu Ipoh.Kelihatan Cikgu Joseph sedang menerima hadiah daripada pelajar Tahun 6 sambil diperhatikan oleh Guru Besar En.Ismail b.A.Mohamad (bertali leher) dan Cikgu Sariman.


Beliau merupakan bekas Guru Disiplin di SK.Buntong.Beliau merupakan seorang yang disegani dan dihormati oleh semua guru dan para pelajar.Ketiadaan beliau amat dirasai oleh semua warga SK.Buntong.

Bersama dengan Cikgu Mohd Yusof (Guru BM & Maths tahun 6).

Gambar beramai-ramai bersama dengan Cikgu Joseph.

Pertandingan Mewarna 2011

16/1/11 yang lalu telah berlangsung satu majlis Ahli Parlimen Tambun (YB.Dato' Seri Ahmad Husni Hanadzlah-Menteri Kewangan II) bersama rakyat telah diadakan di Taman Jati,Meru Ipoh.Kebetulan kitorang takde kerja dan Irham & Amar mendapat jemputan untuk pertandingan mewarna.Ramai juga yang datang ke majlis tersebut.


Irham masuk ketagori Prasekolah (5-6 tahun),tak sampai sepuluh orang katgori Prasekolah.

Amar masuk kategori 7-9 tahun.Kategori ni memang ramai yang masuk.Lebih 30 orang yang masuk.Masa diperuntukan lebih kurang 1 jam.

Akhirnya Amar dan Irham mendapat hadiah saguhati dengan masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM 10 dan RM 5.

Saturday, January 8, 2011

Cikgu Kastari.

1/1/11 - Majlis perkahwinan anak kepada Cikgu Kastari (GPK Ko-ku,SKDABB) telah berlangsung dengan meriah sekali di dewan besar Politeknik Ungku Omar Ipoh.Kebetulan tempat majlis berdekatan dengan rumah,so kitorang ambil keputusan untuk bersama bagi memeriahkan majlis tersebut.Anak dan menantu beliau merupakan doktor di Hospital Besar Ipoh.


Kelihatan dalam gambar Cikgu Kastari bersama isteri di atas pelamin bersama anak dan menantu kesayangan.


Di meja makan tetamu istimewa...

Lost World of Tambun

22/12/10 - Kitorang 3 keluarga telah ditaja sepenuhnya oleh Mak Yong ke Lost World of Tambun (1 km je dari rumah di Tambun).


Punya seronok budak-budak bila dapat mandi...kitorang masuk pada jam 10 pagi.

Gambar bersama dengan anak-anak Mak Yong...


Kebetulan berjumpa dengan sepupu,anak Pak Ndak Omar (Imah dan Intan bersama anak-anak dan suami).

Bila dah penat mandi,kitorang boleh bermain dengan segala permainan yang ada di dalam taman tersebut.

Sekolah baru...

17/12/2010 - Mula lapor diri di SK.Buntong,30100 Ipoh.Mula-mula sampai,fuh!...besarnya sekolah...tapi sebenarnya pelajar hanya dalam 300 lebih je.Satu tahun hanya 2 kelas je dan guru-guru seramai 26 orang.Guru Besar,En.Ismail b.A.Mohamad.Majoriti pelajar adalah pelajar India.
Pemandangan sekolah memang cantik,dikelilingi oleh gunung-ganang dan ia terdiri daripada banjaran klebang.Kalau waktu hujan sebelah pagi,suasana memang agak sejuk...lebih kurang macam di Cameron Highlands.
Pintu masuk ke sekolah.

Bengkel Fotografi

Bengkel Fotografi

KURSUS STUDIO

KURSUS STUDIO
ALOR SETAR 16-18 DIS 2009

GUNUNG KINABALU 1

GUNUNG KINABALU 1
12 SEPT.1998

GUNUNG KINABALU 2

GUNUNG KINABALU 2
12 SEPT.1998

GUNUNG KINABALU 3

GUNUNG KINABALU 3
11 SEPT.1998