Inilah dia antara bangunan tempat penginapan di Rumah Persekutuan Cameron Highlands.Ada bilik biasa dan ada apartmen.Bilik biasa pun ruangnya agak luas dan memang berbaloi,satu malam hanya RM 25 sahaja.
Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru
Sunday, November 30, 2008
Rumah Persekutuan di Cameron Highlads.
Posted by ABD.MANAP B.ABD.RAHMAN at Sunday, November 30, 2008 0 comments
Reunion MPSAH DPM1.
Setelah lebih 6 bulan program ini dirancang,akhirnya berjaya juga dilaksanakan. Majlis reunion ini dijalankan di Rumah Persekutuan Cameron Highlands dari 26-28/11/08.Seramai 17 daripada 20 keluarga telah berjaya menghadiri majlis ini.Semuanya telah berjalan seperti yg dirancang.Selain dari program di tempat penginapan,kitorang juga dapat melawat beberapa tempat yg menarik di sekitar Cameron dgn bergerak secara konvoi,memang best.Aku hanya dapat menghadiri pada hari ke-2 sahaja atas sebab-sebab yg tak dapat dielakkan.
Gambar aku: bawah sebelah kiri sekali bersama Amar.
Posted by ABD.MANAP B.ABD.RAHMAN at Sunday, November 30, 2008 0 comments
Nur Khairina makin sihat.
Alhamdulillah,hari ni dah masuk 12 hari Khairina lahir.keadaannya bertambah sihat,berat sekarang dah meningkat kpd 3.72 kg dari 3.36 kg.Alhamdulillah juga kerana Khairina dah pun bebas drp penyakit kuning yg telah menyerang beliau pada hari ke-4 kelahirannya.Raya Haji ni Khairina akan 'cukur rambut' di rumah datuk dan neneknya di Bagan Baharu,Selama Perak sempena majlis korban pada hari raya ke-2 nanti.
Posted by ABD.MANAP B.ABD.RAHMAN at Sunday, November 30, 2008 0 comments
Monday, November 24, 2008
Majlis perkahwinan Wan Ubaidullah.
Pada 22/11/08 yg lalu berlangsungnya majlis perkahwinan di antara Wan Ubaidullah dgn Zurina Hafsah.Majlis tersebut telah berlangsung dlm suasana yg agak meriah di Kg.Tersusun,Batu 5,Tambun Ipoh.
p/s: tahniah dr kami sekeluarga.
Posted by ABD.MANAP B.ABD.RAHMAN at Monday, November 24, 2008 0 comments
Thursday, November 20, 2008
Baby baru-Nur Khairina.
Alhamdulillah akhirnya tercapai juga hasrat untuk memiliki seorang anak perempuan,telah selamat dilahirkan di Hospital Putrajaya pada 18/11/08 pada jam 8:44 am dgn berat 3.36 kg.Baby telah diberi nama Nur Khairina yg bermaksud 'Cahaya Kebajikan'.
Posted by ABD.MANAP B.ABD.RAHMAN at Thursday, November 20, 2008 0 comments
Monday, November 10, 2008
Saguhati-Prasekolah.
Sekolah Amar,SKPP 8(1) telah mendapat tempat saguhati dalam acara berjalan kaki.Kumpulan mereka telah membawa pulang wang saguhati sebanyak RM 100.
Posted by ABD.MANAP B.ABD.RAHMAN at Monday, November 10, 2008 0 comments
Walkathon '08.
Acara Walkathon '08,Fun in the Parks yg berlangsung di Taman Botani,Putrajaya pada 9/11/08.Peserta-pesertanya terdiri daripada pelajar-pelajar P rasekolah,Sekolah Rendah & Sekolah Menengah.Acara ini bermula di Taman Putra Perdana dan berakhir di Taman Botani,di mana pelajar-pelajar dikehendaki berjalan kaki dalam kumpulan masing-masing.Ramai pelajar yg terlibat dalam acara ini yg ditaja oleh Bank Rakyat dan kumpulan Utusan.
Gambar ini diambil bersama guru pengiring Prasekolah SKPP 8(1), Pn.Hafilah.Amar berdiri sebelah kiri sekali.
Posted by ABD.MANAP B.ABD.RAHMAN at Monday, November 10, 2008 0 comments
Majlis Graduasi Prasekolah 2009.
Sebanyak 8 buah Prasekolah telah terlibat,SKPP 11(3),SKPP 8 (1),SKPP 8 (2),SKPP 9 (2),SKPP 16 (1),SKPP 16(2),SKPP 9(1) dan SKPP 11 (1).Majlis ini berlangsung dalam dua sesi dan Amar dari SKPP 8(1) terlibat sesi 1.Majlis tersebut telah berlangsung dalam suasana yg agak meriah.
Posted by ABD.MANAP B.ABD.RAHMAN at Monday, November 10, 2008 0 comments
Majlis Graduasi Prasekolah Putrajaya.
Pada 8/11/08 , Amar pula menghadiri majlis graduasi bagi pelajar-pelajar Prasekolah di Putrajaya.Majlis ini telah berlangsung di Auditorium Parcel E (Kementerian Pelajaran M'sia,Putrajaya).Majlis telah bermula jam 8.30 pagi.
Posted by ABD.MANAP B.ABD.RAHMAN at Monday, November 10, 2008 0 comments
Saturday, November 8, 2008
Mural 2.
Lukisan dinding yg ini sebenarnya telah dibuat pada 31/10/03 bersama dengan Cikgu Azli Dakir (kini telah bertukar ke SK.Putrajaya 9 (2) ).Idea asal adalah dari aku.Dia punya upah pun boleh tahan la juga.Setelah genap 5 tahun,aku telah diberi kepercayaan sekali lagi utk mewarnakannya kembali oleh pihak Pusat Sumber.Lebih kurang 3 minggu juga aku nak menyiapkannya.Dulu 2 orang patut la cepat,sekarang ni buat sorang,penat jangan cerita la.Tapi bila dah siap,puas sekali rasanya.Lukisan ni telah siap sepenuhnya pada 6/11/08.
Posted by ABD.MANAP B.ABD.RAHMAN at Saturday, November 08, 2008 0 comments
Friday, November 7, 2008
Mural 1.
Aku ni kalau tak dapat pegang berus cat,rasa macam kekurangan je...perangai ni dah lama dah berlaku,bila dapat sambung belajar,perangai ni berhenti sekejap...bila dah habis belajar lagi lagi perasaan tu makin berkobar-kobar!.Alhamdulillah degan bakat yg Allah s.w.t berikan kpd aku,inilah antara hasilnya yg dapat dikongsikan bersama.Lukisan ni aku hasilkan dan telah siap sepenuhnya pada 5/7/07,dan alhamdulillah sekali lagi kerana disamping memberi kepuasan dlm diri,dapat la juga duit poket...(seingat aku telah 5 buah lukisan dinding yg agak besar telah berjaya aku hasilkan sehingga saat ini).
Posted by ABD.MANAP B.ABD.RAHMAN at Friday, November 07, 2008 1 comments
Thursday, November 6, 2008
Reunion.
Gambar ni kitorang ambil di kawasan bukit pintu utama nak ke UPM,selepas tol.Kawasannya cantik.Sebenarnya pada 27/0/08 adalah hari terakhir kena hantar jubah,atas inisiatif Isha,kitorang buat perjumpaan kira reunion la (B.A. Bahasa & Linguistik Melayu '04/'07).Habis kawasan bukit tu kitorang ambil gambar.Hairan orang yg lalu-lalang di kawasan tersebut melihat karenah kitorang.Memang puas hati la ambil gambar di kawasan tersebut.Selesai bergambar di sekitar UPM kitorang pun terpaksa hantar jubah semula.Ada rezeki kita akan pakai jubah lagi.
Gambar dr kiri: Baharudin,Manap,Man,Azmi @ Dato',Isha dan Mustaqim.
Posted by ABD.MANAP B.ABD.RAHMAN at Thursday, November 06, 2008 0 comments
Bengkel Fotografi

KURSUS STUDIO

ALOR SETAR 16-18 DIS 2009
GUNUNG KINABALU 1

12 SEPT.1998
GUNUNG KINABALU 2

12 SEPT.1998
GUNUNG KINABALU 3

11 SEPT.1998