Semalam, 18/12/08 genaplah usia Nur Khairina sebulan.
Beratnya pun dah makin bertambah 4.5 kg.Kesihatannya alhamdulillah,baik.Khairina juga baru je kena suntikan setelah berumur sebulan di Klinik Kesihatan Putrajaya pada 17/12/08.Boleh tahan juga Khairina punya jeritan semasa kena 'cucuk'.Malamnya Khairina agak meragam,mungkin tak selesa sebab siangnya kena 'cucuk'.
Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru
Friday, December 19, 2008
Nur Khairina genap sebulan.
Posted by ABD.MANAP B.ABD.RAHMAN at Friday, December 19, 2008 0 comments
Thursday, December 18, 2008
Ahli keluarga.
Gambar bersama dgn Mak Teh (sebelah kanan),sebelum kami berangkat pulang ke Ipoh pada sebelah tengaharinya.
p/s: Dari kiri: Wan,Khairina,Amar,Irham,Manap,Mak,Izat & Mak Teh.
Posted by ABD.MANAP B.ABD.RAHMAN at Thursday, December 18, 2008 0 comments
2.Majlis perkahwinan sepupu-Yus.
p/s: Tahniah Yus,semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.
Posted by ABD.MANAP B.ABD.RAHMAN at Thursday, December 18, 2008 0 comments
1.Majlis perkahwinan sepupu-Asrul
Majlis perkahwinan anak kedua Hj.Ahmad b.Ali (bapa saudara) & Hjh.Halimah iaitu Asrul (pasangan di sebelah kanan) di dewan Orang Ramai Taman Selasih,Kulim pada 12/12/08.Majlis ini dijalankan serentak bersama dgn sepupu Asrul iaitu 'Ngah Chaq' yg merupakan anak saudara sebelah Hjh.Halimah.Majlis tersebut telah dijalankan pada sebelah malam.
Posted by ABD.MANAP B.ABD.RAHMAN at Thursday, December 18, 2008 0 comments
Majlis cukur rambut.
Pada 12/8/08 telah berlangsung majlis cukur rambut Nur Khairina yg berlangsung di Bagan Baharu.Majlis tersebut dimulakan dgn majlis bacaan doa kesyukuran dan seterusnya majlis cukur rambut yg dilakukan oleh bidan kampung Bagan Baharu iaitu Mak Ngah Jah.Anak yg pertama dan kedua juga dicukur oleh Mak Jah. Alhamdulillah cukur rambut tersebut telah mengambil masa lebih kurang 1/2 jam,ini disebabkan Khairina 'tidak duduk' diam.
p/s: Kepada Mak Jah,terima kasih daun keladi.
Posted by ABD.MANAP B.ABD.RAHMAN at Thursday, December 18, 2008 0 comments
Majlis korban.
Alhamdulillah tahun ni dapat juga kitorang bersama-sama buat majlis korban pada 9/12/08.Aku ambil 3 bahagian,Amy 2 bahagian,Ya 1 bahagian & Kak Ton 1 bahagian.Daging lembu tersebut telah kitorang masak dan jemput satu kampung utk datang makan pada hari raya korban yg ke-2.Memang meriah.Lembu kitorang beli di Ulu Sepetang.Penyembelihannya juga dilakukan di kandang lembu tersebut (kandang lembu tersebut lengkap dgn tempat penyembelihan).
Posted by ABD.MANAP B.ABD.RAHMAN at Thursday, December 18, 2008 0 comments
Bengkel Fotografi

KURSUS STUDIO

ALOR SETAR 16-18 DIS 2009
GUNUNG KINABALU 1

12 SEPT.1998
GUNUNG KINABALU 2

12 SEPT.1998
GUNUNG KINABALU 3

11 SEPT.1998