Inilah dia aktiviti keluarga di hujung minggu.Kali ni kitorang mandi di kolam Presint 16 (Dewan Kejiranan Presint 16).Biasanya kalau tak mandi di Presint 16,kitorang akan mandi di kolam Presint 9.Presint 16 ni,kolam untuk budak-budak kecil je setakat pinggang Amar.Di Presint 9,agak dalam dan lebih besar serta luas.Kedua-dua kolam di Putrajaya,free je tak payah bayar. Lepas mandi,terus kitorang pergi makan di kedai makan yang berhampiran dengan kolam.
p/s: Di Putrajaya sungai takde,so terpaksa la mandi kolam.
Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru
Sunday, January 11, 2009
Aktiviti di hujung minggu.
Posted by ABD.MANAP B.ABD.RAHMAN at Sunday, January 11, 2009 0 comments
Tuesday, January 6, 2009
Hari pertama persekolahan.
Pada 5/1/09 merupakan hari pertama persekolahan bagi Amar.Jam 5:45 pagi dah siap bangun.6.30 pagi dah siap semuanya,Irham juga tak ketinggalan,hari tersebut dia bangun awal pula,selalunya dia bangun paling lambat.Nak ikut Amar ke sekolah katanya ( siap pakai baju sekolah Pra dan seluar sekolah darjah 1 Amar ).Akhirnya pagi tersebut terpaksa la Uminya membawa mereka 3 orang termasuk Khairina ke sekolah bagi menemani Amar.
p/s: Amar seronok sangat dapat belajar di tahun 1.Irham juga tak habis-habis bercerita seronoknya dapat pergi ke sekolah Amar.
Posted by ABD.MANAP B.ABD.RAHMAN at Tuesday, January 06, 2009 0 comments
Friday, January 2, 2009
Selamat ulangtahun yg ke...
Posted by ABD.MANAP B.ABD.RAHMAN at Friday, January 02, 2009 0 comments
Thursday, January 1, 2009
Amar dah nak masuk Tahun 1.
Pada 30/12/08 yang lalu telah berlangsung majlis suai kenal/pendaftaran pelajar Tahun 1 dan Prasekolah SK.Putrajaya 8(1) bagi sesi 2009.Amar telah terlibat di dalam program ini yang telah bermula dari jam 8:30 pagi sehingga 10:30 pagi.Program ini sebenarnya untuk mendekatkan lagi pelajar-pelajar dengan dunia persekolah yang sebenar,dan yang paling penting apabila bermulanya sesi persekolahan pada 5/1/09,semuanya berjalan seperti biasa,tiada lagi kedengaran pelajar menangis dan pelajar yang tidak mahu masuk ke kelas.Bagi Amar tiada masalah,ini kerana semasa Prasekolah Amar memang belajar di sekolah ini.
p/s: Tak sangka betul,dah nak masuk Tahun 1 rupanya Amar!.
Posted by ABD.MANAP B.ABD.RAHMAN at Thursday, January 01, 2009 0 comments
Bengkel Fotografi

KURSUS STUDIO

ALOR SETAR 16-18 DIS 2009
GUNUNG KINABALU 1

12 SEPT.1998
GUNUNG KINABALU 2

12 SEPT.1998
GUNUNG KINABALU 3

11 SEPT.1998