
1/8/10 - On the way nak ke rumah Amree @ Dato' di Bandar Tasik Permaisuri, Rawang untuk ambik gambar majlis kenduri kesyukuran sempena masuk ke rumah baru,sempat lagi kitorang sekeluarga singgah di taman orkid jalan lama ke Batang Berjuntai.

Memang rambang mata dibuatnya.Pelbagai jenis pokok orkid ada dijual.Macam-macam spesis juga la kitorang beli...harganya pun agak murah sebab beli terus dari ladang.

Antara aktiviti wajib tiga beradik ni bila berjalan...makan aiskrim!....Nur Khairina,Muhd Amar Irham & Muhd Amar Diniy.