Inilah dia antara buah durian yang dapat kitorang makan pada hari tersebut.Rasanya boleh tahan la juga dan memang puas la kitorang makan sampai dah tak larat.Nak bawa balik ke Putrajaya memang tak cukup,jadi terpaksa la kitorang makan di dusun je.(gambar ayah sedang mengopek buah durian).
Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru
Wednesday, August 20, 2008
Buah durian...
Posted by ABD.MANAP B.ABD.RAHMAN at Wednesday, August 20, 2008 0 comments
Balik kampung...
Gambar di dusun durian di Kg.Raja Bersiong,Ijok Perak.Buah pun dah nak habis,kira sempat juga la kitorang makan.Hari yang kitorang sampai (16/8/08) buahnya kecil-kecil je yang luruh.
Posted by ABD.MANAP B.ABD.RAHMAN at Wednesday, August 20, 2008 0 comments
Tuesday, August 12, 2008
KENANGAN DI UPM '04/'07
TAMATNYA KELAS DRAMA. Setelah penat berlatih dan berlakon,akhirnya segala-galanya telah selesai.Rasa puas dan seronok sebab segalanya dah selesai,cuma nak tunggu final exam je lagi.Inilah sebahagian daripada pelajar lelaki kelas Eksekutif UPM '04/'07.Gambar ni diambil sejurus selesai je semua drama dipentaskan.Jelas terbayang kepuasan di wajah masing-masing,lebih-lebih lagi pensyarah drama kitorang iaitu Dr.Normaliza bt.Abd.Rahim.Sesungguhnya dia amat berpuas hati dengan lakonan kitorang semua.
Belakang kiri: Isha,Manap,Mustakim,kamarul,Kahiri,halim,Ghazali,Jamhari dan Zakaria.
Depan kiri: Shahrom,Ansur,Wak Hisham,Man Pajam,Baharudin dan Amin.
Posted by ABD.MANAP B.ABD.RAHMAN at Tuesday, August 12, 2008 0 comments
Monday, August 11, 2008
KENANGAN DI UPM '04/'07
Pementasan drama. Inilah antara babak yg terdapat dalam drama "Kotaku Oh Kotaku".Rasanya group kitorang yg sentiasa kedengaran bunyi orang gelak ketawa dalam dewan tersebut berdasarkan aksi Ansur (tukang sapu),Shamsul (tukang pengangkut najis) dan Wak Hisham (mat rempit).Watak aku senang je,sebagai seorang doktor.Cakap pun tak banyak (dalam tak banyak cakap pun,skrip terlupa juga).
Posted by ABD.MANAP B.ABD.RAHMAN at Monday, August 11, 2008 2 comments
KENANGAN DI UMPM '04/'07
DRAMA. Dalam banyak-banyak paper yg diambil di UPM rasa aku,inilah paper paling berat yg aku rasa,mana taknya...dengan kuliahnya,dengan assignmentnya dan yg paling penting kitorang kena buat drama lagi.Aduh!...
tapi itu masa belajar la,sekarang ni bila teringat balik suasana tu rasa seronok pun ada.Paper ni sebenarnya sebelum ni takde pun kena berdrama,masa semester kitorang je,nak buat percubaan katanya...kalau group kitorang berjaya lepas ni sesiapa yg ambil paper Drama dah tentu kena berdrama.Kitorang berlatih drama masa bulan puasa.Malam pementasan adalah di malam bulan puasa.nak buat macam mana,dah terpaksa.Group kitorang kena tajuk drama muzikal.Pilih punya pilih akhirnya ketua kumpulan telah memilih tajuk "Kotaku Oh Kotaku".
Dari kiri: Halim,Rizal,Azmi Dato' (hantu),aku (doktor),Kamarul dan Isha (YB).Akhirnya drama kitorang berjaya juga dipentaskan di Panggung Percubaan UPM (belakang Dewan Besar UPM).
Posted by ABD.MANAP B.ABD.RAHMAN at Monday, August 11, 2008 0 comments
Bengkel Fotografi
KURSUS STUDIO
ALOR SETAR 16-18 DIS 2009
GUNUNG KINABALU 1
12 SEPT.1998
GUNUNG KINABALU 2
12 SEPT.1998
GUNUNG KINABALU 3
11 SEPT.1998
