Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru

Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru
Kepada pelawat semua,blog yang berkaitan dengan fotografi dari blog ini,telah bertukar ke blog yang baru.Sila klik:

Wednesday, August 4, 2010

Kebun Orkid Rawang.

1/8/10 - On the way nak ke rumah Amree @ Dato' di Bandar Tasik Permaisuri, Rawang untuk ambik gambar majlis kenduri kesyukuran sempena masuk ke rumah baru,sempat lagi kitorang sekeluarga singgah di taman orkid jalan lama ke Batang Berjuntai.

Memang rambang mata dibuatnya.Pelbagai jenis pokok orkid ada dijual.Macam-macam spesis juga la kitorang beli...harganya pun agak murah sebab beli terus dari ladang.

Antara aktiviti wajib tiga beradik ni bila berjalan...makan aiskrim!....Nur Khairina,Muhd Amar Irham & Muhd Amar Diniy.

Monday, July 26, 2010

Bukit Tinggi,Pahang.

25/7/10-Cadangnya nak pergi pada pagi Sabtu 24/7/10 bersama dengan Yazie member tempat kerja,last sekali terpaksa batal sebab Irham demam hari Jumaat.Sebelum ni memang dah janji dengan Amar & Irham untuk ke Bukit Tinggi dan dah bincang dengan Yazie untuk konvoi bersama-sama ke sana.Hari Sabtu malam Irham dah sembuh sepenuhnya.Bincang punya bincang,akhirnya ambil keputusan untuk ke sana juga pada Ahad 25/7 jam 11.00 pagi.

Lebih kurang 50 minit dari Putrajaya,sampailah kitorang di sana.Nama pun dah Bukit Tinggi,sememangnya memang tinggi pun tempatnya.Nama tempat ini ialah Colmar Tropicale,Berjaya Hills.Tempatnya memang cantik,terutama dari segi senibina bangunannya,ditambah dengan suasana udara yang agak nyaman.Ia masih mengekalkan ciri-ciri bangunan di Perancis zaman dahulu.Memang cantik!

Antara tempat yang menarik,kawasan di mana pengunjung dapat melihat lebih dekat ialah itik angsa di dalam kolam.Memang cantik pemandangannya.InsyaAllah di lain waktu kalau ada masa lagi rasanya nak ke sana semula dan nak sewa apartment pula untuk merasai suasana dingin di Bukit Tinggi.

Genting Highlands.

25/7/10-Lepas penat pusing di Bukit Tinggi,teringat Genting Highlands yang tak berapa jauh dari Bukit Tinggi.Kitorang ambil keputusan untuk terus ke Genting,seingat kitorang 5 tahun lepas dah ke sana bersama arwah Opah Nah.Amar baru 3 tahun masa tu.Tujuan kitorang kali ini ke sana sebenarnya nak bawa Amar,Irham & Khairina naik kereta 'cable'.
Nasib kitorang tak berapa baik,sampai je di sana kitorang dimaklumkan oleh pekerja di situ bahawa sekarang perkhidmatan kereta 'cable' dihentikan buat seketika sehingga pertengahan bulan Ogos kerana proses pembaipulih.Amar dan Irham punya la frust!.Takpe lain kali kita datang lagi.

Monday, July 12, 2010

Pesta Floria Putrajaya 2010.

10/7/10-Pesta Floria Putrajaya 2010 kembali lagi.Lepas mesyuarat PIBG dah tak tau nak pergi ke mana,so teringat Pesta Floria...apa lagi lepas solat asar terus kitorang ke sana,lebih kurang 15 minit dari rumah.Pada tahun ini ianya lebih menarik dengan pelbagai jenis bunga,naik rambang mata dibuatnya.
Pelbagai jenis bunga yang digubah begitu cantik sekali.

Umi di hadapan gubahan lanskap bunga sekolah beliau yang turut terlibat di dalam pertandingan gubahan bunga kategori sekolah rendah.

Alhamdulillah,tahun ni berjaya mendapat tempat pertama setelah tidak berjaya pada tahun lepas.
Salah satu daripada gubahan lanskap bunga yang masuk pertandingan.

Aktiviti wajib bagi Khairina,Amar dan Irham....

Monday, June 28, 2010

Cameron Highlands

13/6/10-Selepas balik dari Terengganu,on the way nak balik ke Ipoh,kitorang exit Tapah Highway dan terus ke Cameron Highlands.Kira ok lagi la pemandangan di Cameron selepas majlis reunion MPSAH DPM1 '06/'09 di Rumah Peranginan Cameron Highlands Dis 2008.Masa di ladang teh masih terasa angin sejuk walaupun tidak sesejuk 14 tahun yg lalu (bawa rombongan SM.Serdang,Kedah).
Anak-anak bukan main seronok bila dapat melawat ladang teh.Last sekali bawa anak masa Amar Diniy berumur setahun lebih,kira besar Khairina sekarang la....

Memang tidak dapat dinafikan,di Cameron bunga-bunganya memang cantik-cantik!....Masa nak turun balik,kitorang ikut jalan Simpang Pulai Ipoh...tapi masa di Brinchang kitorang dah jem teruk,hampir 2 jam lebih sangkut antara Brinchang dan Tanah Rata.Ingatkan Lembah Klang je jem,Cameron pun jem juga.Hari Rabu berikutnya 16/6/10 dalam rancangan Aduan Rakyat TV3,keluar berita tentang jem teruk di Cameron dan hakikatnya memang betul apa yang dipaparkan di dalam rancangan tersebut,kalau korang ada menontonnya pasti korang tahu apa penyebabnya.....

Bengkel Fotografi

Bengkel Fotografi

KURSUS STUDIO

KURSUS STUDIO
ALOR SETAR 16-18 DIS 2009

GUNUNG KINABALU 1

GUNUNG KINABALU 1
12 SEPT.1998

GUNUNG KINABALU 2

GUNUNG KINABALU 2
12 SEPT.1998

GUNUNG KINABALU 3

GUNUNG KINABALU 3
11 SEPT.1998