Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru

Perkhidmatan Mengambil & Edit Gambar - Blog baru
Kepada pelawat semua,blog yang berkaitan dengan fotografi dari blog ini,telah bertukar ke blog yang baru.Sila klik:

Wednesday, August 20, 2008

Pondok di dusun.

Pondok ni dibuat untuk tunggu buah durian gugur,siap ada elektrik lagi.Kalau nak tidur malam pun boleh.Kepada sesiap yang nak merasa tunggu buah durian gugur,boleh la datang ke sini bila tiba musim buah durian.Aku masa bujang dulu sempat la juga tidur kat sini bersama dengan sepupu,bila bunyi durian gugur je terus kena pergi tengok,tak kira la jam berapa.Kalau tak tengok silap haribulan dikebasnya orang.Di belakang pondok ni lebih kurang 500m ada sebuah parit dan disebelahnya pula terdapat parit taliair.Kalau nak mandi pun boleh,airnya boleh tahan juga sejuknya,sebab kawasannya berhampiran dengan gunung.

Buah durian...

Inilah dia antara buah durian yang dapat kitorang makan pada hari tersebut.Rasanya boleh tahan la juga dan memang puas la kitorang makan sampai dah tak larat.Nak bawa balik ke Putrajaya memang tak cukup,jadi terpaksa la kitorang makan di dusun je.(gambar ayah sedang mengopek buah durian).

Balik kampung...

Gambar di dusun durian di Kg.Raja Bersiong,Ijok Perak.Buah pun dah nak habis,kira sempat juga la kitorang makan.Hari yang kitorang sampai (16/8/08) buahnya kecil-kecil je yang luruh.

Tuesday, August 12, 2008

KENANGAN DI UPM '04/'07

TAMATNYA KELAS DRAMA.
Setelah penat berlatih dan berlakon,akhirnya segala-galanya telah selesai.Rasa puas dan seronok sebab segalanya dah selesai,cuma nak tunggu final exam je lagi.Inilah sebahagian daripada pelajar lelaki kelas Eksekutif UPM '04/'07.Gambar ni diambil sejurus selesai je semua drama dipentaskan.Jelas terbayang kepuasan di wajah masing-masing,lebih-lebih lagi pensyarah drama kitorang iaitu Dr.Normaliza bt.Abd.Rahim.Sesungguhnya dia amat berpuas hati dengan lakonan kitorang semua.
Belakang kiri: Isha,Manap,Mustakim,kamarul,Kahiri,halim,Ghazali,Jamhari dan Zakaria.
Depan kiri: Shahrom,Ansur,Wak Hisham,Man Pajam,Baharudin dan Amin.

Monday, August 11, 2008

KENANGAN DI UPM '04/'07

Pementasan drama.
Inilah antara babak yg terdapat dalam drama "Kotaku Oh Kotaku".Rasanya group kitorang yg sentiasa kedengaran bunyi orang gelak ketawa dalam dewan tersebut berdasarkan aksi Ansur (tukang sapu),Shamsul (tukang pengangkut najis) dan Wak Hisham (mat rempit).Watak aku senang je,sebagai seorang doktor.Cakap pun tak banyak (dalam tak banyak cakap pun,skrip terlupa juga).

Bengkel Fotografi

Bengkel Fotografi

KURSUS STUDIO

KURSUS STUDIO
ALOR SETAR 16-18 DIS 2009

GUNUNG KINABALU 1

GUNUNG KINABALU 1
12 SEPT.1998

GUNUNG KINABALU 2

GUNUNG KINABALU 2
12 SEPT.1998

GUNUNG KINABALU 3

GUNUNG KINABALU 3
11 SEPT.1998