15/3/11 - Jam 8.47 am,aku dapat satu sms daripada Juhari Rasuli (member satu maktab, member serumah masa bujang) yang memberitahu bahawa ibunya telah kembali ke rahmatullah.Kebetulan aku masih berada di kampung,kira dekat juga la dengan kampung Juhari...lalu kitorang ambil keputusan untuk menziarahi keluarga beliau di Parit Tok Ngah,Parit Buntar Perak semasa on the way nak balik ke Ipoh selepas zohor. Lama juga la kitorang lepak sambil bersembang...
Sunday, March 20, 2011
Monday, March 7, 2011
Chik dalam kenangan...
5/3/2011 jam 4.30 ptg,Mustafa b.Shamsudin @ Chik Judin telah kembali ke rahmatullah kerana sakit di Kg.Tersusun Redang Panjang Ijok.Merupakan anak buah yang rapat sejak dari kecil.Sebut saja Chik satu kampung orang akan kenal.Dalam usia 25 tahun dia telah kembali ke rahmatullah dan kami semua redha.Semasa hayat beliau,bila aku balik kampung je sudah pasti Chik akan singgah ke rumah bermain bersama anak-anak aku Amar,Irham dan Rina.Kalau Chik ke Putrajaya sebelum ini untuk ke rumah abangnya,beliau pasti akan singgah ke rumah aku...Hari ini semasa Chik berada di liang lahat aku bawa Amar,Irham dan Rina untuk melihat Chik di situ...sayu,sedih dan hiba rasanya bila Irham tanya "kenapa Chik berada di situ?" ....
Semoga roh Chik ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Kenangan ketika Chik manjadi model aku untuk pemandangan di Hutan Simpan. Boleh lihat di http://manaphotography2u.blogspot.com
Posted by ABD.MANAP B.ABD.RAHMAN at Monday, March 07, 2011 0 comments
Saturday, March 5, 2011
PC-Fair
5/3/11-Sebelah petang kitorang ambil kesempatan untuk melawat pameran komputer di Stadium Ipoh.Banyak juga gerai yang mengambil bahagian.Jalan punya jalan beli la juga 'cooler pad' dan cd kosong,pameran di sini dari segi barangannya macam biasa je...lagi best rasanya kalau ke Yit Fong Ipoh (kalau di KL kira macam Low Yatt la...),macam-macam barangan komputer ada dijual.
Posted by ABD.MANAP B.ABD.RAHMAN at Saturday, March 05, 2011 0 comments
Mandi lagi...
5/3/11-Sabtu,Dah lama kata nak pergi mandi di Ulu Chepor Ipoh,akhirnya hari ni dapat juga ke sana.Punya seronok Irham dan Khairina.
Posted by ABD.MANAP B.ABD.RAHMAN at Saturday, March 05, 2011 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)